Bagi anda yang ingin mendapatkan snek makanan atau minuman tetapi tidak mempunyai waktu yang cukup untuk beratur panjang di dalam pasaraya, maka Lotus’s hadir dengan satu inisiatif baru yang memudahkan pembelian on-the-go untuk para pelanggan.

Untuk pengetahuan anda, Lotus’s kini menawarkan pilihan pembelian minuman dan makanan menerusi mesin layan diri pintar yang dilihat menawarkan beberapa produk makanan dan minuman yang menarik, sama seperti yang turut ditawarkan di kedai berkenaan.


Antara makanan dan minuman yang boleh anda dapatkan di mesin layan diri berkenaan termasuklah keropok kentang, produk tenusu Milo, Twisties, Lay’s, minuman berkarbonat Coke dan banyak lagi.

Apa yang menarik mengenai penawaran mesin layan diri Lotus’s ini, anda tidak perlu risau mengenai pilihan transaksi pembayaran kerana ia menerima pembayaran melalui dompet digital seperti Touch ‘n Go eWallet, Shopee Pay, Boost, GrabPay, WeChat Pay, Maybank QRPay dan banyak lagi. Malah, ia turut membenarkan pembayaran dilakukan menggunakan kad debit dan juga kad kredit.


Walau bagaimanapun, setakat ini mesin layan diri Lotus’s ditawarkan di 10 lokasi terpilih di sekitar Lembah Klang iaitu:

  • Lotus’s Ampang
  • Lotus’s Cheras
  • Lotus’s Kepong
  • Lotus’s Puchong
  • Lotus’s Wangsa Walk
  • R&R Sg. Buloh Arah Utara
  • R&R Sg. Buloh Arah Selatan
  • R&R Rawang Arah Utara
  • R&R Dengkil Arah Selatan
  • Kondominium Cube Soho @ One South

Bergerak ke hadapan, mesin layan diri Lotus’s ini dijangka akan dibuka secara berperingkat di kawasan lain di seluruh Malaysia pada masa kelak. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mula mencubanya.

Sumber: Rnggt