Seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan pakar kecantikan, rutin penjagaan diri ini amat penting dalam memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan diri dan emosi.
Penjagaan diri ini merangkumi semua perkara yang anda lakukan untuk menjaga kesejahteraan yang mana melibatkan empat dimensi utama iaitu kesihatan emosi, fizikal, psikologi dan rohani.
Sebilangan individu berpendapat bahawa dengan gaya hidup yang sibuk, jarang sekali ada peluang untuk memanjakan diri, lebih-lebih lagi bagi mendapatkan rawatan khusus yang sempurna seperti penjagaan gigi.

Gigi adalah mahkota kepada setiap individu. Oleh itu, ia sudah menjadi keutamaan untuk individu memberikan penjagaan yang baik bagi memastikan kesihatan gigi untuk tempoh panjang.
Selari dengan keperluan individu, sebuah jenama penjagaan gigi telah dilancarkan iaitu Gigi. Jenama ini memfokuskan kepada penawaran produk untuk gigi seperti berus gigi dan ubat gigi yang diperbuat daripada bahan semula jadi.
Malah, Gigi juga dilihat menampilkan produk mesra pengguna yang mana ia dikatakan tidak berbahaya untuk wanita mengandung dan kanak-kanak selain turut diuji pada wanita, bukan haiwan.

Gigi Menggunakan Bahan Semula Jadi Untuk Produk Ubat Gigi Mereka
Berdasarkan senarai bahan yang digunakan Gigi, mereka memperlihatkan pemilihan bahan organik di dalam kandungan ubat gigi yang disediakan.
Antara bahan yang ditampilkan termasuklah:
- Kalsium Karbonat yang membantu mencegah pembentukan plak, menghilangkan kotoran pada permukaan gigi sekaligus turut memutihkan gigi dengan penggunaan yang konsisten.
- Minyak Pokok Teh pula digunakan sebagai bahan yang menghalang nafas daripada berbau kerana ia mempunyai ciri antiseptik yang mampu untuk mengawal bakteria dalam mulut dan mencegah penyakit gusi seperti gingivitis.
- Ekstrak Kayu Sugi membantu mengurangkan karang gigi, pembentukan plak selain berupaya untuk melawan penyakit gusi.
- Ekstrak Stevia berfungsi sebagai pemanis semulajadi tanpa gula menjadikan ia lebih sesuai digunakan oleh kanak-kanak tanpa risau akan rasa yang kurang enak selepas pembersihan.

Bagi yang berminat, produk penjagaan gigi dari Gigi ini boleh didapati pada harga:
- The Essential Toothpasthe – Berharga RM29.90
- Kit Permulaan – Berharga RM44.90
- Kit Keluarga – Berharga RM89.90