Bask Bear Coffee telah menambah lagi dua cawangan fizikal mereka di sekitar Lembah Klang dan Cyberjaya iaitu di AEON Maluri dan juga Shaftsbury Square Cyberjaya.

Menerusi pembukaan dua cawangan baharu ini, ia juga turut menawarkan menu yang cukup menarik untuk anda cuba, Hash Brown Toast Double Down. Ia menampilkan hidangan roti bakar yang digantikan dengan dua keping Hash Brown dan dipadankan sekali dengan kepingan ayam panggang dan telur dadar.


Selain Hash Brown Toast Double Down, Bask Bear Coffee juga turut hadir dengan pilihan menu Hash Brown Chicken Slice Toast dan Hash Brown Egg Toast. Untuk menu ini, ia ditawarkan pada harga RM12.50 bagi menu Hash Brown biasa sementara Hash Brown Toast Double Down pula dijual pada harga RM13.50.


Setakat ini, menu ini hanya boleh didapati di rangkaian fizikal Bask Bear Coffee di Setia Taipan, Kota Kemuning, AEON Maluri dan Shaftsbury Square Cyberjaya sahaja. Selain menampilkan menu toast, anda juga boleh mencuba beberapa hidangan lain termasuk set nasi, set sandwic dan macam-macam lagi.