Carian
Carsome Mula Menggunakan Papan Iklan Geotag – Strategi Untuk Mencapai Pasaran Luar Talian
January 21, 2022 Lina Rosli

Carsome merupakan antara platform yang sangat aktif dalam menawarkan solusi dan alternatif yang berpadanan dengan keperluan masyarakat setempat. Terkini, platform kereta bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara ini mula menggunapakai pengiklanan programmatic digital out-of-home(pDOOH).

Menurut Carsome, melalui penawaran papan iklan digital ini, ia secara tidakl langsung akan membantu jenama atau perniagaan untuk mengakses lebih ramai pengguna dalam pasaran luar talian yang masih belum dicapai.


Bukan itu sahaja, strategi penggunaan teknologi pengiklanan yang terbaru ini dilihat dapat mencipta komunikasi yang berimpak tinggi serta berupaya menyampaikan mesej dengan lebih mudah selain dipacu oleh data yang relevan kerana ia dilengkapi teknologi geotag yang boleh disesuaikan mengikut keperluan setempat.

Papan iklan digital ini akan ditayangkan pada skrin LED yang dipasang di atas bumbung kereta. Setiap kereta kemudiannya akan dijejak dengan GPS dan laporan dibuat berdasarkan pendedahan lokasi menerusi platform yang mesra pengguna.

Akhir sekali, dengan adanya pDOOH juga, ia menjadi titik permulaan inovasi pengiklanan moden sekaligus turut menjadikan Carsome sebagai salah sebuah jenama yang menawarkan penyelesaian mobiliti untuk masa hadapan.

Komen