Menjadi antara perintis dalam arena penyediaan makanan dan minuman di Malaysia, COOX baru-baru ini telah melancarkan perkhidmatan dapur awanan khusus untuk para peniaga atau pengendali makanan di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, COOX adalah dapur awanan (cloud kitchen) multi-saluran yang menggabungkan solusi untuk jenama atau syarikat makanan dalam mendapatkan ruang dapur berkualiti tinggi dan juga penyelesaian pintar.


Menerusi COOX, para peniaga boleh menyewa ruang penyediaan makanan pelbagai saiz sama ada kecil atau besar tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar lebih-lebih lagi untuk mereka yang baru ingin memulakan perniagaan penyediaan makanan. Saiz ruang yang tersedia adalah bermula 70 kaki persegi sehingga 171 kaki persegi.


Bermula dengan pembukaan dapur mercu pertama mereka di Glo Damansara, COOX menyatakan yang mana mereka akan memperluaskan penawaran mereka di Taylor’s University pada Mac 2022 dan juga 9 lagi dapur awanan di sekitar Lembah Klang.


Bercerita mengenai COOX lagi, mereka menyediakan 5 peralatan memasak asas iaitu peti sejuk, dapur gas, rak memasak berserta tablet dan juga mesin cetak khusus untuk setiap peniaga berdaftar. Makanan yang dihidangkan juga diberi jaminan ‘pork-free’ untuk para muslim.

Bukan itu sahaja, para peniaga juga tidak perlu risau untuk mengurus dan mengemaskini menu mereka di semua platform penghantaran makanan. Hal ini kerana, selepas mereka memuat-naik menu hidangan atau maklumat makanan yang disediakan di platform khas untuk vendor, COOX akan membantu mereka dalam mengemaskini maklumat terbaru di semua aplikasi berkaitan seperti Shopee Food, Grab Food, FoodPanda dan lain-lain.



Apa yang membezakan COOX dengan dapur awanan yang lain adalah mereka mengenakan caj komisen yang rendah iaitu sekitar 2% sahaja kepada peniaga yang berdaftar. 

Cara Untuk Memesan Makanan Menggunakan Aplikasi COOX

Antara jenama makanan yang telah mula berdaftar dengan COOX termasuklah Sambal Lah, Lean & Rush, Mario’s Napoli Pizza dan banyak lagi.

Untuk memesan, anda hanya perlu:

  1. Klik pilihan penghantaran sama ada ‘Delivery’, ‘ Pickup’ atau ‘Dine-in’.
  2. Kemudian, pilih kedai yang menawarkan pesanan yang anda gemari.
  3. Tambah menu ke dalam bakul.
  4. Setelah selesai, semak senarai menu di dalam bakul dan tetapkan pilihan pembayaran menggunakan dompet digital Grab Pay, FPX dan juga kad debit atau kad kredit.
  5. Pesanan akan terus dihantar ke peniaga untuk disediakan selepas anda membuat pembayaran.
  6. Untuk anda yang memilih pilihan ‘Pickup’, pesanan anda akan diletakkan di dalam kotak khas sekiranya telah selesai dimasak.

Bagi anda yang berminat untuk menggunakan COOX, muat turun aplikasi dapur awanan ini bermula hari ini di kedai atas-talian App Store dan Play Store bermula hari ini.

Layari: COOX Asia