Texas Chicken Malaysia kini hadir dengan menu baharu yang dikenali sebagai Ayam Crimson Crunch serba baharu.

Ia merupakan menu yang diinspirasikan daripada snek kegemaran rakyat Malaysia sempena Tahun Baru Cina iaitu snek popia mini udang cili kering.

Menerusi menu ini, ia menggabungkan perisa manis, pedas dan juga rasa umami. Apa yang menarik Ayam Crimson Crunch ini membawakan salutan unik yang menggabungkan campuran serbuk roti dan cili udang rangup dengan bahan perisa utama seperti bawang putih, cili kering dan bawang goreng.


Menurut Texas Chicken, menu ini begitu sinonim dengan masyarakat Cina, iaitu sambal udang kering rangup atau hae bee hiam yang sesuai dinikmati dengan roti dan nasi, dan juga merupakan perisa snek popia mini rangup yang popular semasa musim Tahun Baru Cina.

Untuk mencubanya, Ayam Crimson Crunch baharu ditawarkan sementara stok masih ada di semua restoran Texas Chicken Malaysia dan melalui rakan penghantaran makanannya GrabFood dan foodpanda bermula hari ini.

Bersempena musim perayaan ini juga, Texas Chicken akan memberikan paket ang pow Tahun Harimau yang direka unik dengan setiap pembelian kombo Crimson Crunch atau pembelian melebihi RM20 setiap resit.