Untuk pengetahuan anda, Sensodyne iaitu jenama ubat gigi terkemuka di Malaysia hari ini telah melancarkan ubat gigi Repair & Protect Deep Repair terbarunya.

Pengenalan pilihan baharu untuk ubat gigi Sensody ini bertujuan untuk membolehkan individu yang menghidap masalah gigi sensitif merasai semula nikmat kehidupan tanpa perlu bimbang tentang gigi sensitif.

Kebiasaannya individu yang mempunyai masalah gigi sensitif, mereka bukan sahaja berdepan dengan ketidakselesaan, malah juga terpaksa berwaspada apabila mengambil makanan dan minuman dalam kehidupan seharian kerana bimbang ianya akan menyebabkan rasa tajam dan ngilu pada gigi.

Di samping itu, perkara yang dianggap biasa seperti menikmati secawan teh tarik, teh muriara ais atau menikmati aiskrim yang sejuk boleh bertukar menjadi pengalaman yang tidak menyenangkan, menyebabkan mereka tidak dapat merasai nikmat kehidupan yang sepenuhnya.


Jadinya dengan pengenalan Sensodyne Repair & Protect Deep Repair, setiap individu kini boleh mendapat manfaat yang baik untuk masa hadapan. Malah, menerusi kempen #ReclaimLifeSmallPleasures oleh Sensodyne juga, anda boleh mempelajari dan meningkatkan lagi kesedaran mengenai langkah-langkah awal untuk mencegah masalah gigi sensitif agar dapat mengetahui apakah tindakan proaktif yang boleh diambil bagi melegakan gigi sensitif.

Bagaimana Sensodyne Repair & Protect Deep Repair Berfungsi?

Kajian Kuantitatif Asia Tenggara & Taiwan (SEAT) turut menunjukkan bahawa 38% penghidap gigi sensitif mengalami ketidakselesaan pada gigi mereka apabila mereka memberus gigi akibat makanan yang terperangkap di antara gusi dan 33% pula gigi palsu.

Manakala 58% daripada individu mengalami gigi sensitif selepas mengambil makanan dan minuman yang sejuk, 23% daripadanya pula selepas mengambil makanan panas, 31% manis, 29% berasid atau masam 15% pula ketika makan makanan pedas.


Jadinya, dengan adanya Sensodyne Repair & Protect Deep Repair, ia dilengkapi teknologi NovaMin yang menembusi jauh ke dalam gigi bagi membaiki punca gigi sensitif dan membentuk lapisan perlindungan yang terbukti secara klinikal dapat melegakan masalah gigi sensitif.

Bukan itu sahaja, ia turut mengandungi fluorida yang membantu menguatkan enamel dan memberikan perlindungan harian untuk gigi dan juga sensitif. Untuk mendapatkan kesan yang berpanjangan, gosok gigi dua kali sehari iaitu selepas bangun tidur di pagi hari dan juga sebelum tidur pada waktu malam.