Untuk makluman anda, baru-baru ini Mitsui telahpun membuka sebuah lagi rangkaian mereka di pusat bandar Kuala Lumpur iaitu Mitsui Shopping Park LaLaport.

Ia merupakan pusat LaLaport pertama di Asia Tenggara yang ditampilkan bagi mewujudkan destinasi sehenti untuk membeli-belah yang mencadangkan gaya hidup baru kepada masyarakat setempat. 

Dibuka di kawasan sekitar Bukit Bintang City Centre, LaLaport menampilkan ruang komersial lebih dari 24,000 meter persegi selain mempunyai sekitar 140 butik kelas pertengahan dan juga kelas mewah.

Apa Yang Boleh Anda Dapatkan Di LaLaport Bukit Bintang City Centre KL?

Bagi anda yang tertanya-tanya apa yang menarik di LaLaport ini, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda beberapa tempat atau kedai menarik yang boleh anda kunjungi kelak.

Nitori

Sesuai untuk anda yang menggemari barangan atau perabot jenis minimalis seperti di kebanyakan rumah di Jepun, Nitori kini menawarkan apa yang anda kehendaki.

Menampilkan barangan dan perabot berasaskan kayu moden, anda boleh mendapatkan keperluan dan menghias rumah anda dengan lebih cantik dan menarik. Bagi anda yang berminat, antara kelengkapan yang boleh anda dapatkan termasuklah pinggan mangkuk pelbagai saiz, tuala dan bantal, katil dan meja makan, langsir, lampu, rak buku dan kasut, sofa serta banyak lagi.


Nojima

Seterusnya, jika anda ingin mendapatkan peralatan elektrik asas untuk rumah anda, maka jangan lupa singgah di Nojima.Ia membawakan peralatan elektrik daripada pelbagai jenama popular dan ditawarkan pada harga yang berbaloi sempena pembukaan kedai pertama mereka di Malaysia.

Anda boleh mendapatkan cerek air elektrik, ketuhar, periuk nasi, dapur gas, televisyen dan juga peranti pintar yang diingini di Nojima bermula hari ini.


Don Don Donki

Selain di Lot 10 Bukit Bintang dan Tropicana Gardens Mall, anda turut boleh mengunjungi Don Don Donki di LaLaport.

Bagi yang tidak mengetahui, ia merupakan sebuah kedai yang menawarkan pelbagai tawaran menarik dari segi makanan dan minuman, kelengkapan rumah, alat permainan dan sebagainya.


Membezakan Don Don Donki dengan kedai serbaneka tempatan, ia menawarkan pelbagai rangkaian produk mampu milik keluaran Jepun dan global yang disasarkan untuk pasaran Jepun. Ia dijangka akan menjadi pesaing kepada kedai Daiso yang mana akan menarik minat pelanggan tempatan kerana penawaran harganya yang berpatutan.

BookXcess

Dengan kehadiran BookXcess di LaLaport maka, ia kini menjadikan akses untuk memiliki buku lebih mudah untuk orang ramai.

BookXcess mempunyai pelbagai pilihan jenis buku untuk pelbagai lapisan umur bermula dari kanak-kanak, pelajar sekolah, dewasa serta golongan berkerjaya dalam mendapatkan sumber ilmiah dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin, Tamil dan banyak lagi.

Apa yang menarik di BookXcess juga, susun atur buku dan juga hiasan dalaman di kedai ini menjadikan orang ramai menggemari untuk kunjungi ke rangkaian berdekatan kerana ia membawakan suasana hati yang tenang dan nyaman sepanjang berada di dalamnya.


Kedey Kamek

Apa yang menarik perhatian Tajria juga sewaktu mengunjungi LaLaport adalah pembukaan kedai makanan Sarawak tidak lama lagi.

Sebelum ini Kedey Kamek telahpun dibuka di SS2, TTDI, Dataran Sunway dan EkoCheras Mall. Untuk memenuhi permintaan orang ramai, maka lokasi yang baharu ini akan memberi peluang untuk anda masakan dan hidangan negeri Sarawak yang cukup lazat dan menarik.


Coo&RIKU

Akhir sekali, untuk pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing, maka Coo&RIKU adalah lokasi yang perlu anda kunjungi sekiranya anda tiba di LaLaport.

Bukan sekadar kedai haiwan, ia juga sebenarnya turut dilengkapi kafe untuk pengunjung yang tiba. Melaluinya, pelanggan boleh meluangkan masa bersama kira-kira 50 jenis baka kucing di situ.

Terdapat pelbagai kedai menarik yang masih lagi dalam proses untuk kemaskini dan diubahsuai. Maka dalam beberapa bulan yang mendatang, anda akan melihat lebih banyak lagi kiosk dan kedai berjenama lain untuk dikunjungi.

Anda juga boleh muat-turun aplikasi LaLaport di kedai atas-talian App Store dan juga Play Store untuk menebus pelbagai ganjaran dan hadiah menarik sepanjang pembelian anda di LaLaport.