Tidak lengkap minggu anda tanpa mendapatkan sesuatu yang manis dan berkrim sebagai pelengkap hidangan.

Icon Brewings merupakan sebuah kafe tempatan yang terletak di Cheras telah merebut peluang untuk memperkenalkan hidangan baru yang menyelerakan dan boleh anda cuba termasuklah menu khas sempena Tahun Baru Cina iaitu Ang Pao Strudel.


Menjadi simbolik kepada menu Icon Brewings, ia hadir dengan penawaran strudel yang rapuh dan sememangnya memenuhi citarasa pengunjung. Untuk menu Ang Pao Strudel, ia membawakan pastri serpihan merah yang dibuat secara semula jadi menggunakan ubi. Manakala untuk kerak pastri pula diapit di antara lapisan kastard manis berkrim dan di atasnya dengan buah-buahan segar yang berair dengan taburan gula aising. 

Siri Ang Pao Strudle didatangkan dalam perisa Mangga, Kiwi, Strawberi, Peach dan Blueberry. Ia boleh dibeli secara individu pada harga RM 18 bagi setiap strudel atau dalam set 5 pada harga RM80.00.


Selain itu, antara menu pastri lain yang paling menjadi pilihan ramai termasuklah Classic Fruit Strudels yang mana ia menampilkan toppings buah-buahan dan Tea Strudel yang menggunakan perisa teh kegemaran Malaysia termasuk Lychee rose strudel, earl grey strudel, houjicha strudel, matcha strudel dan juga Thai-Milk tea strudel. Hidangan tea-riffic ini bermula dari RM 22 setiap strudel atau RM100 untuk sekotak 5 strudel.


Di sebalik perisa baharu yang mengujakan, Icon Brewings dengan pantas menjadi nama terkenal kepada penggemar pastri di sekitar Lembah Klang untuk strudel mentega dan ringan.

Tambahan, pengalaman makan yang indah ini telah dicapai melalui pastri yang baru dibakar dua kali yang memberikan rangup yang berkerak dan mengelupas. Strudel perisa asli yang ikonik menampilkan gabungan buah-buahan tropika dan beri termasuk Mangga, Kiwi, Strawberi, Peach dan Blueberry.

Jika anda ingin mencubanya, Icon Brewings hadir dengan pilihan strudel bersama kopi. Kafe ini dibuka bermula dari jam 9 pagi hingga 8 malam setiap hari. Dapatkannya sama ada menerusi pembelian di kedai fizikal, pesanan atas-talian menggunakan servis penghantaran atau ambil sendiri di kedai mereka.