Koleksi Beg Tangan Lestari, Diperbuat Daripada Komponen Dan Kelengkapan Dalaman Malaysia Airlines – Harga Bernilai RM2100

January 24, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan kerjasama baharu dan menarik dengan jenama tempatan Malaysia iaitu THESELINA yang mana ia melancarkan 5 koleksi beg tangan lestari.

Menurut MAG, ia merupakan antara inisiatif daripada mereka dalam menyokong pelan dalam memastikan pelepasan karbon berada paras sifar dan menawarkan lebih banyak projek kitar semula.


Kolaborasi bersama THESELINA ini memperlihatkan tawaran beg tangan mewah yang direka berkonsepkan alam sekitar. Setiap bahan yang digunakan dipilih sendiri dan digunakan semula daripada tempat duduk kulit pesawat Malaysia Airlines, tali pinggang dan gesper, alas meja, jaket keselamatan, seragam kebaya krew kabin dan banyak lagi.

Dengan penggunaan bahan kitar semula ini, koleksi beg tangan MAG X THESELINA ini bukan sahaja menampilkan fungsi serba boleh, malah turut sesuai digayakan dalam gaya harian.

Kemasan beg tangan mewah ini memancarkan keanggunan dan masih menitikberatkan aspek minimalis di samping memastikan juga ia mudah diselenggara. Untuk pengetahuan anda, beg ini dinamakan secara unik selepas kod IATA ke destinasi dalam rangkaian Malaysia Airlines:

  • Beg Buckle, Lima Hotel Romeo (LHR)
  • Beg Kanvas, Peribadi Sierra Yankee Delta (SYD)
  • Beg Utusan, November Romeo Tango (NRT)
  • Beg Penan, Mike Yankee Yankee (MYY)
  • Beg Galas, Mike Echo Lima (MEL).

Bagi yang ingin mendapatkannya, koleksi beg tangan ini dijual pada harga bermula RM882 dan boleh mencecah sehingga RM2,100. Beg khas edisi terhad ini juga akan disediakan melalui pasaran atas-talian MAG di Journify.

Walau bagaimanapun, berdasarkan carian Tajria di laman Journify, ia kelihatan koleksi beg tersebut telahpun habis dijual.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd