Carian
Koleksi The Louvre X Yu Nagaba Oleh UNIQLO, T-Shirt Dengan Ilustrasi Mona Lisa Dan Leornado Da Vincci
January 25, 2022 Lina Rosli

UNIQLO mengumumkan pelancaran koleksi The Louvre x Yu Nagaba. Koleksi kerjasama UT (UNIQLO T-shirt) ini sebahagian daripada perkongsian antara UNIQLO dan Musée du Louvre.

Untuk mengetahuan anda, koleksi ini menampilkan karya agung daripada koleksi muzium yang diilustrasikan dengan ciri artistik dan lembut oleh artis grafik Yu Nagaba.


Menurut Yu Nagaba, ilustrasi yang ingin disampaikan kepada orang ramai adalah dalam bentuk mudah dan lukisan pertama yang mahu dicontohi ialah Mona Lisa. Ia kerana beliau ingin menunjukkan gaya ini adalah melalui imej yang orang ramai sudah tahu dan suka.

Koleksi The Louvre x Yu Nagaba menggunakan pelbagai motif daripada lebih 35,000 karya yang dipamerkan di Louvre, termasuk arca Yunani, lukisan Eropah dan seni Mesir.


Bukan itu sahaja, UNIQLO turut bekerjasama dengan Musée du Louvre pada Januari 2021. Menerusi kerjasama ini, mereka telah melancarkan siri koleksi kerjasama berterusan daripada UT, serta sokongan daripada UNIQLO untuk beberapa program pendidikan yang diadakan di Louvre.

Selain itu, UNIQLO RIVOLI yang dibuka pada 2021 berhampiran Louvre di Rue de Rivoli turut menganjurkan pameran dan bengkel khas dengan kerjasama muzium. Pameran ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pengunjung untuk terlibat dengan seni dengan mudah di lokasi berkenaan.


Bagi yang berminat, koleksi Louvre x Yu Nagaba hadir dalam 4 pilihan t-shirt yang berlainan corak dan warna. Ia boleh didapati di semua kedai UNIQLO di Malaysia dan melalui uniqlo.com mulai Isnin, 31 Januari 2022.

Komen