Alpro Pharmacy baru-baru ini melancarkan ‘Kempen Pelupusan Ubat Dengan Selamat’ khusus untuk rakyat Malaysia.

Menurut Alpro, kempen ini diperkenalkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pelupusan ubat dengan cara yang
lebih selamat serta mengetahui akan kesan buruk jika melupuskan ubat sebagai sampah biasa.

Kempen ini disampaikan melalui
satu siri grafik yang diinspirasikan daripada watak-watak kisah dongeng kanak-kanak seperti Snow White, Belle
dari Beauty and the Beasts, Ariel dari The Little Mermaid, Cinderella dan Ballo beruang dari The Jungle Book.

Selari dengan pengenalan kempen ini, Alpro Pharmacy telah menyediakan tong pelupusan ubat untuk pengguna di seluruh negara untuk memudahkan
pelupuskan ubat-ubatan yang tidak digunakan atau tamat tempoh dengan lebih selamat.

Menurut Alpro Pharmacy juga, lebih daripada 165 cawangan mereka di seluruh negara telah bersiap sedia untuk memacu impak positif dalam masyarakat sekaligus memberi kesan positif kepada
alam sekitar.

Bukan itu sahaja, Alpro Pharmacy turut bekerjasama dengan Universiti Perubatan Antarabangsa dan
Universiti Monash. Melalui kaji selidik yang dilaksanakan, ia menunjukkan bahawa 83.2% daripada responden dalam kajian ini sedar
bahawa pengendalian ubat-ubatan yang tidak digunakan secara tidak wajar boleh menyebabkan kerosakan
kepada alam sekitar dan ekosistem.

Manakala 66.4% responden menyatakan bahawa mereka tidak
mendapat sebarang bentuk pengetahuan atau kesedaran mengenai kaedah pelupusan ubat-ubatan dengan cara
yang betul.

Untuk menyokong Alpro Pharmacy dan ikuti semua berita terkini, sila ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi
Alpro bermula hari ini.