Dengan jumlah muat-turun aplikasi mencecah 9 juta, McDonald’s atau McD telah memperkenalkan ciri Order & Collect yang boleh diakses secara berperingkat di seluruh Malaysia.
Ia merupakan ciri yang memudahkan anda untuk membuat pesanan menu kegemaran anda terus melalui aplikasi McD dan seterusnya memilih pilihan pengambilan makanan yang merangkumi:
- Bawa Pulang atau ‘Takeaway’
- Pandu Lalu atau ‘Drive-Thru’
- Pandu Masuk atau ‘Drive-In’
- Makan di Restoran atau ‘Dine In’.

Bukan itu sahaja, apa yang menarik mengenai aplikasi ini juga, anda boleh mengetahui lokasi McD berdekatan anda selain turut boleh melakukan pesanan tanpa perlu beratur panjang di kaunter. Menarik bukan?
Walau bagaimanapun, untuk pilihan pembayaran, ciri Order & Collect ini hanya menerima pembayaran melalui kad Debit dan kad Kredit sahaja dan masih lagi belum memperluaskannya kepada pembayaran menggunakan dompet digital ataupun QR Pay.

Cara Melakukan Pesanan Menggunakan Ciri Order & Collect Di Aplikasi McD
Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh anda ikuti:
- Pilih lokasi restoran McD yang anda ingin kunjungi.
- Klik butang ‘Order Here’ dan mula memesan menu atau hidangan yang diingini.
- Selepas selesai memilih makanan dan minuman dari McD, tekan butang ‘Checkout’ yang berwarna kuning di bahagian bawah.
- Periksa senarai hidangan yang dipesan dan tekan ‘Next’ untuk mengesahkan pesanan.
- Aplikasi ini akan memaparkan pilihan pengambilan bungkusan anda iaitu ‘Takeaway’ , ‘Drive-Thru’, ‘Drive-In’, dan ‘Dine In’.
- Kemudian masukkan maklumat pembayaran dan bungkusan anda akan mula disediakan selepas ia selesai.

Usah risau yang mana anda masih boleh menebus menu di dalam ‘Deals’ untuk menikmati set promosi yang lebih menarik. Cara untuk menebus:
- Pergi ke bahagian ‘Deals’ di dalam aplikasi McD.
- Selepas itu, anda perlu menekas butang tebus ‘ Reedem with Order & Collect’.
- Kemudian, pilih set yang anda ingin pesan dan klik ‘Activate’.

Selain melakukan pesanan awal atau di dalam kereta, setiap rangkaian McD turut menyediakan kod QR yang boleh diimbas terus pada meja. Jadinya, anda boleh terus melakukan pesanan di tempat duduk anda tanpa perlu risau akan barisan panjang di kaunter.

Kesemua ciri ini boleh diakses di semua restoran McD bermula harini. Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati kemudahan ini serta menebus ganjaran dan hidangan percuma yang disediakan. Tertakluk pada terma dan syarat.