Memasuki tahun 2022, setiap individu dilihat telah menyesuaikan diri dengan norma baharu. Tidak ketinggalan, institut pendidikan dan sekolah turut mula bersiap sedia untuk pembukaan tahun persekolahan baharu dengan kelas secara bersemuka.

Menyedari keperluan untuk menjaga kebersihan tangan yang lebih baik di sekolah, FOLLOW ME  mengambil inisiatif untuk membekalkan pensanitasi tangan (hand sanitizer) Anti-Bakteria ke sekolah rendah dan menengah untuk memastikan pelajar, guru dan kakitangan kekal selamat.

Melalui usaha ini, FOLLOW ME menyasarkan untuk menderma lebih daripada 120 botol pensanitasi tangan Anti-Bakteria 150ml kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian dengan objektif untuk menonjolkan kepentingan menjaga kebersihan diri sambil membantu pelajar, guru dan ibu bapa mengekang penularan wabak COVID-19.


Bagi yang berminat untuk mendapatkan botol pensanitasi tangan, ia akan diedarkan kepada semua sekolah rendah dan menengah yang mendaftar melalui Borang Google.

Untuk pengetahuan anda, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) terkini kerajaan, sekolah perlu memasang pengimbas suhu dan menyusun semula kedudukan bilik darjah untuk mematuhi langkah penjarakan sosial.

Garis panduan itu juga menekankan keperluan penyediaan pensanitasi tangan yang mencukupi di setiap bilik darjah, kerana tangan sering dianggap sebagai “titik panas kuman” yang mana bakteria atau virus boleh merebak dengan mudah melalui sentuhan.

Justeru, FOLLOW ME menyertai usaha memastikan setiap sekolah berada dalam persekitaran pembelajaran yang selamat dan selesa dengan menyumbangkan pensanitasi tangan pada awal tahun persekolahan baharu.

Setakat ini, terdapat lebih daripada 9,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia, dan FOLLOW ME menyasar untuk membekalkan pensanitasi tangan kepada sebanyak mungkin sekolah yang terlibat. Oleh itu, FOLLOW ME menggesa semua sekolah yang berminat untuk mendaftar sebelum tarikh akhir 13 Februari 2022.

Ketahui dan terokai lebih lanjut mengenai produk dan rangkaian FOLLOW ME dengan melayari laman web rasmi mereka bermula hari ini. Untuk kemaskini dan promosi terkini, sila layari halaman Facebook FOLLOW ME