Carian
Mengapa Tuala Mandi Baharu Tidak Menyerap Air Dengan Baik?
January 31, 2022 Lina Rosli

Tuala adalah salah satu keperluan rumah yang paling kerap digunakan. Terdapat berpuluh-puluh tuala yang boleh anda dapati di pasaran yang mana ia menampilkan fungsi dan kegunaan yang pelbagai. Ia termasuk tuala mandi, tuala kaki, tuala tangan, tuala sukan dan banyak lagi.

Malah terdapat helaian lain seperti sarung tangan jenis tuala atau kain lap yang juga diperbuat daripada kain atau benang terry. Ia seccara teknikal turut dianggap sebagai tuala, walaupun ia mempunyai kegunaan yang sangat berbeza.

Untuk segelintir individu, mereka mempunyai tiga jenis tuala yang berbeza bagi tujuan yang khusus, seperti:

  • Tuala mandi adalah yang jenis tuala yang paling besar jika dibandingkan dengan jenis tuala yang lain. Ia digunakan untuk mengeringkan badan selepas mandi dan mestilah berbentuk segi empat tepat dan cukup besar untuk membaluti badan seseorang.
  • Sementara tuala tangan ialah tuala bersaiz sederhana. Ia digunakan untuk mengeringkan tangan selepas mencuci. Namun, ramai dalam kalangan individu yang menggunakannya untuk membalut rambut panjang selepas mandi.
  • Tuala basuh atau kain lap adalah jenis tuala yang terkecil dan ia digunakan untuk melengkapkan dua yang lain serta melengkapkan proses pengeringan.

Mengapa Tuala Mandi Baharu Biasanya Tidak Menyerap Air Dengan Baik?

Pernahkan anda berada di dalam situasi yang mana selepas menukar tuala mandi yang baharu, tuala tersebut didapati tidak melakukan penyerapan yang baik?

Jika ya, jangan risau anda tidak keseorangan. Tahukah anda mengapa ia berlaku sedemikian?

Bagi yang tidak mengetahui, tuala baharu cenderung untuk mempunyai sisa pewarna dan salutan lebihan seperti pelembut fabrik yang tidak dibersihkan selepas proses pembuatan.

Bukan sekadar itu, tuala baharu juga turut mempunyai serpihan benang atau fabrik halus yang akan melekat pada badan. Ia sebenarnya merupakan linter yang mana ialah merupakan bulu gentian yang lembut dan pendek dalam benang tersebut.

Jadinya, anda perlu mencuci tuala yang baru dibeli menggunakan cucian panas sebelum dapat memakainya dengan selesa.

Bagaimana Anda Boleh Meningkatkan Kadar Penyerapan Tuala Baharu?

Sebab mengapa anda digalakkan untuk mencucinya menggunakan cucian panas adalah untuk mengeluarkan salutan silikon yang boleh dikatakan akan mengganggu penyerapan air.

Untuk menetapkan warna pada tuala baharu juga, sebaiknya basuh tuala berwarna dengan tuala berwarna yang mempunyai warna yang hampir sama di dalam air suam untuk beberapa pencucian pertama. Selepas itu, gunakan hanya separuh daripada jumlah pencuci pakaian yang disyorkan semasa membasuh tuala baharu.

Di samping itu, tambahkan cawan cuka putih ke dalam air basuhan untuk hasil pembersihan terbaik. Secara umumnya, menambah cuka bersama-sama detergen pakaian akan menetapkan warna dan mengeluarkan sebarang sisa detergen, menjadikan tuala baharu anda lembut, gebu dan selesa untuk digunakan.

Komen