Carian
Sudah Cuba Twisties Kaya Butter Toast? Snek Dengan Citarasa Tempatan
February 3, 2022 Lina Rosli

Sebelum ini, kita telah melihat beberapa jenama atau produk makanan dan minuman di pasaran yang telah mula menawarkan perisa yang memenuhi citarasa tempatan. Kini tiba giliran Twisties dalam menampilkan perisa terbaru untuk snek mereka iaitu, Kaya Butter Toast.

Apa yang menarik pada Twisties Kaya Butter Toast adalah ia menggunakan bahan utama seperti kelapa dan mentega. Melaluinya, ia dapat menghasilkan rasa masin dan manis yang unik dan berbeza dengan jenama lain di pasaran.

Dengan menggabungkan kedua-dua bahan ini juga, ia berkemungkinan besar menukar penggunaan gula biasa di dalam sajian snek ini kepada gula asli daripada kelapa. Malah, ia turut ingin menampilkan variasi rasa masin dan sedikit berlemak melalui penggunaan mentega di dalamnya. Jadinya, anda mungkin boleh menikmati rasa yang lebih memikat hati yang mana manisnya mungkin tidak keterlaluan, sedikit berkrim dan mempunyai aroma yang lebih wangi pada setiap gigitan.

Untuk pengetahuan anda, kaya dan juga mentega adalah antara bahan yang sangat popular dalam kalangan rakyat tempatan yang mana ia selalu dihidangkan di dalam variasi jenis sajian tidak kira pada waktu pagi, tengahari mahupun malam.

Oleh itu, jika anda berminat untuk mencuba Twisties Kaya Butter Toast ini, anda boleh mula mendapatkannya hari ini di rangkaian pasaraya dan kedai serbaneka berdekatan anda pada harga RM1.95 satu pek.

Komen