Selain melakukan pesanan di aplikasi khusus FamilyMart, anda juga kini boleh memulakan pembelian terus pada aplikasi TNG eWallet.

Melaluinya, anda hanya perlu memilih rangkaian kedai yang ingin dikunjungi untuk ‘self-pickup‘, ataupun menggunakan pilihan ‘delivery‘ untuk penghantaran terus di depan pintu rumah.

Terdapat pelbagai sajian makanan dan minuman yang ditawarkan termasuk bento, oden, sofuto, roti, variasi pilihan minuman dan kopi, snek panas, barangan runcit, produk penjagaan diri dan banyak lagi.

Sekiranya anda melakukan pesanan secara atas-talian, FamilyMart kini turut menawarkan servis FamiDelivery yang mana ia akan menghantar pesanan yang dipesan dalam tempoh masa 30 minit. Anda juga berpeluang untuk menikmati caj penghantaran percuma jika jumlah pembelian melebihi nilai RM30.

Sementara untuk pembelian khusus menggunakan aplikasi TNG eWallet pula, anda boleh menikmati promosi untuk pembelian oden pada harga RM2.99 sahaja menggunakan kod promo TNGODENSNACK. Menarik bukan?

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba pengalaman pembelian baharu untuk FamilyMart menerusi aplikasi TNG eWallet bermula hari ini!