Tidak dinafikan, bagi mendapatkan kulit yang lebih baik untuk tempoh yang lama, amalan pemakaian krim pelindung matahari atau SPF semestinya menjadikan satu kewajipan kerana ia berfungsi yang baik dalam melindungi kulit dari UVB dan UVA.

Selain itu juga, SPF juga bertindak baik dalam memastikan pencegahan kanser kulit termasuk mengurangkan risiko melanoma, serta menghalang kerosakan kolagen dan tisu penghubung kulit yang boleh menyebabkan hilang keanjalan dan peningkatan kedutan.

Bagi memperoleh kesemua kelebihan yang ditawarkan di dalam produk SPF, nampaknya Supergoop hadir dengan produk yang memenuhi keperluan anda menerusi Daily Dose Vitamin C + SPF 40.

Supergoop! Daily Dose Vitamin C + SPF 40 merupakan produk penjagaan kulit dua-dalam-satu yang menggabungkan fungsi serum dan juga SPF bagi menentang masalah bintik gelap serta melindungi kulit daripada sinar biru.

Jadinya, dengan kebolehan multitugasan ditawarkan dalam Daily Dose Vitamin C + SPF 40, ia sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari produk yang mampu mencerahkan kulit selain memberikan penghidratan yang maksima pada kulit supaya wajah anda kelihatan lebih bersinar dan bercahaya (glowing effect).

Bukan itu sahaja, Daily Dose Vitamin C + SPF 40 juga merupakan serum jenis hibrid yang pertama diperkenalkan di dalam pasaran. Ia menampilkan bahan berasaskan vitamin C dan juga antioksidan yang bertindak baik dalam melindungi kulit daripada kerosakan radikal.

Jika anda hanya menggunakan Supergoop! Daily Dose Vitamin C + SPF 40 sebagai pelindung kulit, pastikan anda memakainya pada kuantiti yang mencukupi iaitu sekitar 5 pumps bagi setiap rutin penjagaan kulit.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan:

  •  Supergoop! Daily Dose Vitamin C + SPF 40 30ml pada harga RM215