Selain bersarang dan bersembunyi di tilam, bantal atau di sekitar bilik tidur, pepijat katil juga boleh dijumpai di celah-celah kusyen sofa dan juga perabot yang mana berisiko mengganggu keselesaan ketika kediaman anda.

Bagi yang tidak mengetahui, pepijat katil atau turut dikenali sebagai kutu katil merupakan serangga halus yang aktif pada waktu malam dan bergantung hidup dengan memakan darah manusia dan haiwan. Disebabkan saiznya yang kecil, maka adalah sukar untuk dilihat dengan mata kasar sekaligus memudahkannya untuk bersembunyi di ruang yang sempit dan kecil.

Kebiasaannya, pepijat katil berbentuk bujur, rata dan berwarna coklat kemerahan. Jika mereka baru mendapatkan dan memakan darah manusia, mereka akan menjadi bulat dan kembung. Sementara, pepijat berwarna lutsinar dan sangat kecil pula adalah jenis pepijat yang baru sahaja menetas dari telur.

Oleh itu, jika anda mengesyaki bahawa sofa atau kusyen empuk kegemaran anda mempunyai tanda-tanda menjadi tempat persembunyi pepijat katil, anda seharusnya mengambil tindakan segera untuk menyekat penyebaran serangga tersebut dan terus menyingkirkannya.

Apakah Tanda-Tanda Sofa Anda Menjadi Tempat Persembunyian Pepijat Katil?

Jika anda mendapati kulit anda mula muncul bintik-bintik merah dan berasa gatal-gatal terutamanya di bahagian belakang kaki, maka berkemungkinan besar sofa yang anda duduki telah menjadi sarang untuk pepijat katil.

Selain itu, anda juga boleh melihat bintik-bintik darah pada pakaian atau kain upholsteri. Sekiranya berlaku, ini adalah petunjuk yang mungkin bahawa pepijat telah aktif dan menyusu. Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti adalah dengan melakukan pemeriksaan menyeluruh.

Memandangkan pepijat katil mempunyai bentuk dan saiz yang sangat kecil jika dibandingkan dengan kutu lain, jadinya anda memerlukan beberapa alatan yang bersesuaian untuk melakukan pemeriksaan yang baik:

  • Lampu suluh
  • Sarung tangan getah
  • Kad kertas atau plastik keras lama yang nipis
  • Pita selofan
  • Kanta pembesar

Fungsi alatan ini adalah untuk membantu anda mencapai ruang yang sempit seperti jahitan dan menangkap sebarang bukti pepijat pada sekitar sofa atau kusyen.

Bagaimana Untuk Membersihkan Sofa Atau Perabot Yang Mempunyai Pepijat Katil?

Jika anda mempunyai ruang yang boleh ditanggalkan pada perabot seperti kaki kerusi, laci dan lain-lain, tanggalkannya dan periksa aktiviti pepijat. Jika anda mengesyaki masalah,ambil beg plastik dan buangkannya segera bagi mengelakkan serangga merebak ke bahagian lain.

Kemudian, tanggalkan setiap kusyen dan periksa setiap bahagian. Lihat setiap jahitan termasuk zip menggunakan kad kertas atau plastik nipis dan lampu suluh.

Setelah selesai, periksa di celah-celah di sepanjang bingkai sofa atau kerusi dan terbalikkannya supaya anda boleh melihat keadaaan bawah kerusi. Hal ini kerana, pepijat cenderung bersembunyi di tempat gelap dan hanya keluar untuk mendapatkan makanan apabila ada manusia.

Untuk barang yang tidak boleh masuk ke dalam mesin basuh, hamparkan setiap permukaan dan celah termasuk bahagian bawah. Gunakan vakum dengan sedutan sebanyak mungkin dan sebaik-baiknya vakum dengan penapis HEPA untuk menangkap sebanyak mungkin sisa kotoran termasuk telur dan kulit serangga.

Selepas mengosongkan setiap kusyen dan bingkai perabot, terdapat beberapa pilihan untuk membantu memastikan anda telah menangkap setiap pepijat. Kusyen boleh dimasukkan ke dalam beg plastik yang besar dan boleh ditutup dan diletakkan di bawah cahaya matahari langsung kerana dengan kehadiran haba panas, ia akan membunuh pepijat katil di setiap peringkat.

Bukan itu sahaja, pepijat juga tidak boleh hidup pada suhu yang dingin dan beku selama lebih daripada beberapa hari. Jika anda tinggal di tempat yang cuacanya sejuk, ini adalah penyelesaian yang baik.