Hampir semua perkara di dunia menawarkan peluang untuk anda melakukan pilihan yang paling bersesuaian untuk diri anda. Sebagai contoh, jika anda tidak menyukai pakaian berwarna biru, anda boleh memilih pakaian berwarna hitam. Atau anda mungkin tidak berminat untuk memandu ke tempat kerja, anda boleh memilih pengangkutan awam untuk berulang-alik ke rumah setiap hari.

Sama juga seperti Coca-Cola, sekiranya anda menggemari rasa yang lebih ringan dan kurang manis, jenama ini menawarkan pilihan Zero Sugar untuk anda miliki. Namun, untuk anda yang menginginkan minuman dengan rasa yang lengkap, maka Coca-Cola Classic adalah pilihan sajian yang paling tepat.

Untuk pengetahuan anda, pada September 2021 yang lalu, Coca-Cola memperkenalkan resipi baharu dan wajah baharu bagi Coca-Cola Zero Sugar. Menerusi pengenalan ini, pengguna kini boleh menikmati minuman ini tanpa bimbang akan kandungan kalori dan gula yang ditawarkan.

Namun, benarkah Coca-Cola Zero Sugar memang tidak mengandungi gula?

Apakah Bahan Yang Terkandung Di Dalam Coca-Cola Zero Sugar?

Menurut Coca-Cola Malaysia, hasil daripada kajian yang telah dijalankan, Coca-Cola Zero Sugar dikatakan dapat membantu individu yang merancang untuk mengamalkan diet kurang gula dengan cara menukar pengambilan minuman bergula biasa kepada Coca-Cola Zero Sugar dengan resipi yang telah diperbaharui.

Berdasarkan label yang dicetak pada setiap tin minuman, ia menunjukkan bahawa minuman ini bebas gula dan tidak mengandungi kalori. Namun, rasa manis yang hadir pada setiap tegukan adalah disebabkan oleh kehadiran bahan manis buatan iaitu aspartam dan acesulfame kalium.

Selain Zero Sugar, jenama ini turut menawarkan variasi minuman diet yang lain seperti Coca-Cola Diet. Bagi anda yang ingin mencubanya, anda boleh mula mendapatkan Coca-Cola Zero Sugar di kedai atau pasaraya berhampiran anda.