Lina Rosli Diterbitkan 7 February 2022

Tomato – Adakah Ia Buah-Buahan Atau Sayur-Sayuran?

Jika lihat dari sudut kegunaan ataupun cara penyediaannya, tomato ini sering dihidangkan dan dimasak sebagai sayur-sayuran. Ramai dalam kalangan individu akan meletakkannya sebagai pelengkap hidangan seperti di dalam asam pedas, tomyum dan kadangkala disediakan juga bersama-sama dengan salad.

Untuk pengetahuan anda, tomato mengandungi bahan yang dipanggil lycopene.

Apa itu lycopene? Lycopene ialah hidrokarbon karotenoid merah terang yang terdapat dalam tomato dan buah-buahan dan sayur-sayuran merah yang lain seperti lobak merah, tembikai, limau gedang dan betik.

Dengan kehadiran lycopene pada tomato, ia membantu melindungi mereka daripada sinaran ultraungu matahari selain turut menjamin kesihatan sel tomato daripada rosak. Tomato juga mempunyai kalium, vitamin B dan E, dan nutrien lain.

Adakah Tomato Buah-Buahan Atau Sayuran?

Menurut perkongsian dari Britannica, pakar pemakanan mengatakan bahawa tomato adalah buah-buahan yang menjalankan tugas sebagai sayuran.

Mengapa sedemikian? Secara botaninya, tomato adalah buah-buahan. Tetapi kalau dilihat dari sudut kulinari pula, ia menawarkan keperluan yang sama seperti sayur-sayuran lain.

Penyataan tomato sebagai buah oleh ahli botani adalah dibuktikan mengikut asal usul tomato yang mana bermula daripada ia bercambah dari benih sehingga ia menjadi buah.

Untuk pengetahuan anda, tomato terbentuk daripada bunga dan mengandungi biji. Faktor yang menyebabkannya tidak diklasifikasikan sebagai sayuran adalah ciri fisiologinya. Secara umum sayuran merangkumi semua aspek lain tumbuhan yang boleh dimakan seperti akar, batang dan daun.

Tetapi mengikut sistem klasifikasi kulinari pula, pembahagian kategori ini dilakukan berdasakan amalan masakan dan juga profil rasa mereka.

Secara amnya, buah mempunyai tekstur yang lembut dan manis. Ia juga mungkin agak masam atau masam. Disebabkan kehadiran rasa yang variasi, buah-buahan paling sesuai disajikan untuk pencuci mulut, pastri, smoothie, jem atau dimakan sebagai snek.

Sebaliknya, sayur-sayuran biasanya mempunyai rasa pahit serta dilengkapi tekstur yang lebih keras daripada buah-buahan. Ia boleh dinikmati secara mentah, tetapi ia masih lagi perlu dimasak untuk menghasilkan tekstur yang lebih menyelerakan.

Jadinya dalam masakan, tomato tidak banyak digunakan sebagai pencuci mulut tetapi ia lebih serasi apabila digandingkan bersama sayur-sayuran sebenar yang lain. Hasilnya, mereka telah mendapat reputasi sebagai sayur-sayuran, walaupun secara teknikal mereka adalah buah mengikut piawaian botani.

Apakah Jenis Buah-Buahan Lain Yang Diklasifikasikan Sama Seperti Tomato?

Buah-buahan botani lain yang dianggap sebagai sayur-sayuran termasuklah avokado, buah zaitun, labu, jagung manis, timun, kacang hijau, cili dan juga terung.

Sumber: Eufic Britannica Hello Doktor