Sebelum mula memilih bau dan jenama wangian yang diingini di rak butik, adalah penting untuk anda memahami dan mengenali jenis wangian yang diminati dan adakah ia bersesuaian dengan diri.

Hal ini kerana, setiap produk ini akan memberi kesan yang berbeza pada penampilan anda di samping menjamin keselesaan sepanjang pemakaiannya. Oleh itu, jika memilih wangian yang baharu pastikan ia bersesuaian dengan personaliti dan keselesaan anda supaya ia menjejaskan emosi dan juga memburukkan lagi keyakinan diri.

Bagaimana Anda Boleh Mengetahui Jenis Wangian Mana Yang Sesuai?

Mulakan dengan mengetahui pilihan nota wangian yang ditawarkan di pasaran. Hal ini kerana, kebanyakan minyak wangi mempunyai nota wangian (perfume notes) yang berasingan.

Apa itu nota wangian? Ia merupakan bahan yang membentuk aroma dalam minyak wangi. Ia dikategorikan sebagai:

  • top notes seperti aroma sitrus atau lavender
  • heart notes yang merangkumi aroma kayu manis atau bunga melati
  • base notes seperti aroma vanila atau kasturi

Hasil daripada campuran bahan-bahan yang dipilih ini, ia akan membentuk kesesuaian minyak wangi mengikut kegunaan anda. Oleh yang demikian, sebelum anda memilih wangian, ketahui senarai bahan pada setiap nota dengan teliti untuk memastikan wangian berbau harum dan membangkitkan pengalaman tertentu.

Jawab Soalan Kuiz FragranceX

Bagi anda yang masih tidak jelas dengan jenis dan nota wangian, terdapat satu laman web yang boleh membantu anda mencari wangian yang memenuhi citarasa anda dengan cara menjawab beberapa soalan yang berkaitan seperti:

  1. Personaliti anda
  2. Jenis percutian yang anda gemari
  3. Musim yang anda minati
  4. Penjagaan diri
  5. Perkataan yang menggambarkan diri

Selepas anda menjawab soalan-soalan tersebut, laman web ini akan mencadangkan kepada anda pilihan wangian yang bersesuaian untuk anda cuba. FragranceX juga akan menjelaskan kepada setiap pilihan nota dan juga jenama minyak wangi yang bertepatan dengan anda.

Mudah bukan? Jika anda berminat untuk mencuba, layari laman rasmi FragranceX bermula hari ini dan ketahui wangian yang boleh dibeli di butik kecantikan berdekatan anda.