Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tahun 2022 ini, UNIQLO hadir dengan inisiatif khusus yang boleh disertai oleh orang ramai.

Melalui inisiatif ini, anda boleh mengitar semula angpau atau paket duit raya merah terpakai atau tidak lagi digunakan di dalam kotak yang tersedia di rangkaian UNIQLO terpilih. Menurut UNIQLO, inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar selain membantu menghasilkan bahan yang baharu untuk kegunaan yang lebih meluas.

Bagi yang berminat untuk kitar semula angpau terpakai, anda boleh mula menghantarnya ke UNIQLO DA Square atau UNIQLO Sunway Pyramid bermula hari ini sehingga 28 Februari 2022.

Setakat ini, lokasi untuk pusat kitar semula angpau ini masih lagi terhad. Nantikan informasi lanjut mengenai inisiatif ini di laman sosial rasmi UNIQLO iaitu Facebook dan juga Instagram.