Bagi anda yang sedang mencari pilihan bantal yang baharu untuk kepala dan leher, jangan lupa untuk menambah GIRAFthepillow ke dalam senarai belian mingguan anda.
Bantal dari GIRAFthepillow merupakan jenama bantal tidur baharu yang menjanjikan definisi bantal yang sempurna menerusi variasi 2022 GIRAF Advanced Composites Sleeping Pillow yang kini boleh didapati di pasaran Malaysia.
Bantal tidur dari GIRAFthepillow ini dikatakan bukan sekadar untuk memastikan penjagaan kesihatan yang baik, tetapi turut direka oleh pakar untuk melegakan kesakitan dan ketidakselesaan yang ditimbulkan disebabkan oleh kehidupan moden.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa 23.5% pekerja di rumah melaporkan bahawa mereka mengalami sakit leher akibat ergonomik yang lemah. Secara tidak langsung ia telah menjejaskan kualiti tidur secara negatif dan boleh mengganggu produktiviti harian.
Untuk mengekalkan prestasi tinggi, setiap individu memerlukan bantal ultra yang menyokong dan membolehkan sistem muskuloskeletal pulih dalam postur neutral. Jadinya, dengan kehadiran GIRAFthepillow di dalam pasaran, ia telah meningkatkan kualiti tidur secara dinamik.
Apa Yang Membezakan GIRAFthepillow Dengan Jenama Bantal Yang Lain?
GIRAFthepillow telah melalui proses reka bentuk yang panjang dan teliti untuk mencapai matlamat mereka sebagai bantal yang menawarkan sokongan maksima dan selesa.
Caranya, mereka mengkaji kelemahan yang hadir pada bantal konvesional serta masalah yang dialami oleh individu. Isu utama yang diperolehi adalah melibatkan penggunaan bahan konvensional membawa kepada isu tenggelam dari masa ke semasa seperti bantal menjadi tipis dan terlalu melenting disebabkan penggunaan lateks atau silikon.

Dengan menggunakan Advanced Composites Technology, GIRAFthepillow menampilkan beberapa ciri utama yang membezakan bantal mereka daripada yang lain. Antaranya, mereka menggunakan bahan komposit yang ditambah dengan reka bentuk Pilot Headrest Wings bagi meniru pelukan manusia yang dibuktikan secara saintifik memberikan kesan yang menenangkan.

Selain itu, GIRAFthepillow juga menawarkan rekaan yang memfokuskan kepada tekanan kepala dan leher yang mana ia menampilkan ruang selesa yang dikenali sebagai Dual-Zoned Head. Malah, ia juga direka mengambil kira perbezaan postur badan kerana kedudukan tidur yang berbeza, oleh itu profil sokongan bantal adalah berbeza di bahagian tengah berbanding sisi.
Sementara pada bahagian tepi bantal pula menampilkan High Loft yang stabil bagi mengekalkan peralihan yang lancar semasa pengguna bergolek dari sisi ke sisi semasa tidur. Akhir sekali, untuk menyejukkan otot yang tertekan dan meradang, bantal GIRAFthepillow menggunakan bahan Hypercool yang membantu penyedutan dan pengudaraan sepanjang penggunaan.
Bagi yang berminat, 2022 GIRAF Advanced Composites Sleeping Pillow kini boleh dibeli melalui laman web pada harga RM399 dengan penghantaran percuma dan waranti 2 tahun.