Berita baik untuk semua rakyat Malaysia, kini anda boleh mendapatkan set hidangan ayam yang menarik dan menyelerakan di Jollibee.

Untuk pengetahuan anda, Jollibee adalah jenama makanan segera dari Filipina yang terkenal dengan Chickenjoy. Ia adalah ayam yang digoreng rangup di luar, dengan perapan rahsia menjadikan teksturnya berjus di dalam.

Sejak penubuhannya pada penghujung 1970-an, Jollibee Foods Corporation telah berkembang dengan pesat dengan lebih 50% bahagian pasaran dan ratusan restoran yang boleh diakses di seluruh negara. Rangkaian makanan segera ini adalah yang terbesar dengan lebih daripada 270 cawangan antarabangsa.

Selain menghidangkan ayam, Jollibee turut menawarkan pilihan makanan lain seperti Jolly Spaghetti, Jolly Sausage, Nasi Lemak ChickenJoy, nugget dan juga kepingan isi ayam yang rangup.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai pengalaman dan menu baru yang bakal ditawarkan di Jollibee Malaysia bermula hari ini. Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram rasmi mereka, anda disarankan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memastikan kesejahteraan bersama sepanjang krisis pandemik berlaku.