Carian
HappyFresh SuperMarket Diperkenalkan – Kini Boleh Mula Membeli Barangan Segar Dan Kering
February 8, 2022 Lina Rosli

Platform barangan runcit atas-talian HappyFresh kini memperkenalkan HappyFresh Supermarket.

Penawaran ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada barangan runcit segar dan kering kepada pengguna dengan cara yang lebih mudah tanpa perlu beratur di kedai fizikal.

Menurut HappyFresh, mereka menawarkan produk-produk berkualiti tinggi yang baru dipilih dengan teliti dan kemudiannya dibawakan terus ke pintu rumah pelanggan dengan penghantaran percuma bagi setiap pesanan.

Selari dengan keperluan pelanggan, mereka mempunyai pilihan dalam pembelian barangan runcit mingguan mereka dalam pelbagai kategori, terutamanya dalam kategori barangan segar, sejuk beku dan banyak lagi.

Malah, HappyFresh juga memahami permintaan pelanggan yang mana mereka menawarkan kepada pengguna pilihan produk dengan variasi harga yang berbaloi. Bukan itu sahaja, di pusat-pusat kemudahan HappyFresh Supermarket, pendekatan yang mampan dan prihatin terhadap alam sekitar telah diguna pakai sejak mula beroperasi lagi.

HappyFresh Supermarket juga mula mengurangkan penggunaan plastik sewaktu penghantaran dan mula hadir dengan program pengurusan inventori dengan kerjasama bank makanan tempatan seperti Food Aid Foundation di Malaysia.

Muat-turun aplikasi Happy Fresh di App Store dan Play Store

Komen