Amalan kitar semula minyak adalah suatu perkara penting bagi menjamin kelestarian alam semula jadi. Tidak hanya tertumpu kepada pakaian lama, bahan berasaskan kaca dan juga plastik, anda juga sebenarnya boleh mengitar semula minyak masak terpakai.

Selari dengan sambutan Hari Kitar Semula Sedunia, FatHopes Energy dengan kerjasama McDonalds telah hadir dengan kempen yang boleh disertai oleh orang ramai pada 12 Disember 2022.

Apa yang menarik mengenai kempen ini juga, anda boleh mendapatkan bayaran dan 2 baucar McDonalds’ untuk setiap 1kg minyak masak yang terpakai yang dikitar semula pusat kitar semula FatHopes Energy berdekatan anda.

Namun, penawaran baucar ini hanya untuk 50 pelanggan pertama di setiap lokasi dan anda juga perlu mengisi borang di pautan ini untuk pra-pendaftaran dan pra-tebus Voucher McDonald’s.

Menarik bukan? Untuk mula mengitar semula, anda boleh kunjungi ke Pusat Kitar Semula FatHopes Energy pada 12 Februari 2022 pada jam 10 pagi sehingga 12 tengahari.

Berikut adalah senarai lokasi-lokasi kitar semula FatHopes Energy:

Selangor & KL
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Puchong Permai)
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Subang Bestari)
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Seksyen 3 Shah Alam DT)
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Bandar Baru Bangi DT)
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Aman Puri DT)
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Pandan Mewah)
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s BHP Jalan Kepong DT)
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Kota Damansara DT)
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Subang DT)
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s BHP Jalan Kapar)
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Sentul UOA DT)
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Damansara Damai DT)

Negeri Sembilan
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Nilai)

Johor
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Batu Pahat DT)
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Kota Masai)

Perlis
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Kangar DT)

Kelantan
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Pasir Pekan DT)

Pahang
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Temerloh DT)

Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Jalan Gambang)

Kedah
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Kulim)

Pulau Pinang
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Batu Ferringhi)
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s TESCO Alma)

Sarawak
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Petrajaya DT)
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Batu Kawa DT)

Sabah
Lot Parking Awam (Berdekatan McDonald’s Sulaman)

Berikut adalah beberapa kawasan atau lokasi yang boleh anda kitar semula minyak masak terpakai. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi FatHopes Energy bermula hari ini!