Carian
Dapatkan A&W Chicken-n-Egg Wafflewich – Menu Sarapan Baharu
February 9, 2022 Lina Rosli

Sarapan adalah satu elemen yang penting dalam memberikan tenaga kepada tubuh anda di awal hari.

Dengan bersarapan, ia bukan sahaja membuatkan anda lebih selesa untuk melakukan kerja atau aktiviti seharian, malah ia juga membantu otak anda untuk bertindak lebih efisien. Anda tidak semestinya perlu menyediakan sarapan di rumah kerana hidangan yang boleh dibeli di luar juga sudah memadai.

Oleh itu, A&W Malaysia kini hadir dengan menu sarapan serba baharu yang boleh anda cuba sebelum melangkah masuk ke pejabat iaitu Chicken-n-Egg Wafflewich.

Apa yang menarik pada menu Chicken-n-Egg Wafflewich adalah ia menggunakan waffle sebagai ban roti. Terdapat tiga pilihan hidangan yang ditawarkan iaitu:

  • Chicken Wafflewich – RM9.50
  • Chicken-n-Egg Wafflewich – RM10.70
  • ChickSlice-n-Egg Wafflewich – RM8.30

Bagi anda yang berminat, anda boleh mula membuat pesanan untuk ketiga-tiga menu Wafflewich bermula hari ini di rangkaian A&W Malaysia terpilih berdekatan anda.

Komen