BonusLink merupakan program ganjaran yang telah dilancarkan sejak tahun 1998. Penggunaan BonusLink ini sinonim dengan penggunaan di stesen minyak Shell, Parkson dan kini sudah diperluaskan lagi di bermacam-macam jenama.
Apa yang menarik mengenai BonusLink, anda boleh mengumpul mata ganjaran untuk setiap pembelian dan pembayaran yang dilakukan di kedai rakan kongsi mereka. Caranya mudah sahaja, ahli Bonuslink yang berdaftar hanya perlu mengemukakan Kad BonusLink fizikal ataupun pekedai boleh mengimbas bar kod khusus yang boleh diakses menerusi aplikasi BLINK.

Untuk setiap mata ganjaran yang dikumpul, anda boleh menebusnya di kedai atau rangkaian jenama terpilih. Terdapat pelbagai hadiah dan produk yang ditawarkan melalui pelbagai saluran penebusan seperti web, aplikasi mudah alih, sistem telefon layan diri atau di kedai penebusan ‘On-The-Spot’ mereka yang tersedia.
Kumpul Mata Ganjaran BonusLink Menerusi Pembayaran Bil Utiliti Dan Tambah-Nilai Kredit
Mudah sahaja untuk mengumpul mata ganjaran BonusLink. Pertama sekali, anda perlu memuat-turun aplikasi Blink By BonusLink di kedai atas-talian App Store dan Play Store.
Melalui aplikasi ini, anda perlu mencipta akaun dan klik pada tab ‘Bill Payment‘ dan ikut arahan seterusnya untuk membuat pembayaran.
Antara pembayaran bil yang dibenarkan dan ditawarkan termasuk:
- Astro
- Maxis
- Celcom
- redONE
- unifi
- yes
- Sabah Electricity
- Sarawak Energy
- Air Selangor
- Ranhill SAJ Air Johor
- Air Kelantan (AKSB)
- Lembaga Air Kuching (KWB)
- Lembaga Air Perak
- Air Melaka (SAMB)
- Air Terengganu (SATU)
- Air Perlis (SAP)
- Air Negeri Sembilan (SAINS)
- Air Kedah (SADA)
- PTPTN
- SSPN-i
- MPSJ
Bagaimana boleh anda mendaftar dan membayar bil utiliti?
- Muat turun dan daftar masuk aplikasi atau laman BonusLink (www.bonuslink.com.my)
- Masukkan nombot telefon anda dan isi nombor TAC untuk mengesahkan akaun.
- Kemudian, anda perlu meletakkan nombor kad pengenalan dan juga emel. Tetapkan pin 6 digit yang akan digunakan sewaktu melakukan transaksi.
- Setelah selesai, anda akan dibawa ke laman utama aplikasi BonusLink. Kemudian, tekan “more” dan pilih Bill Payment.
- Pilih senarai bil yang ingin anda lakukan pembayaran.
Untuk melakukan pembayaran bil:
- Masukkan amaun bil yang ingin dibayar.
- Kemudian, isi nombor akaun bil anda untuk meneruskan transaksi.
- Untuk melengkapkan transaksi, anda perlu mengisi maklumat peribadi seperti emel, kata laluan dan nombor kad BonusLink.

Mudah bukan? Kumpul mata ganjaran BonusLink bermula hari ini. Untuk setiap pembayaran bil, anda boleh mendapatkan sehingga 20 mata untuk setiap transaksi. Sementara, anda juga boleh mendapatkan mata ganjaran tambahan melalui tambah nilai dompet digital juga.