Nutella adalah jem roti yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia hadir dengan rasa yang unik selain menawarkan rangkaian produk yang pelbagai dan dicipta khusus untuk membolehkan anda menikmatinya pada masa yang berbeza.

Untuk sarapan pagi, anda boleh menyediakan hidangan asas iaitu dengan mengambil sekeping roti dan sapukan Nutella ke atasnya. Atau jika anda tergesa-gesa dan tidak mempunyai masa yang banyak, anda boleh membawa Nutella & Go bersama anda.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan wafer rangup Nutella B-ready yang mana boleh diambil sewaktu snek petang atau snek sebelum tidur. Mudah bukan?

Namun, adakah Nutella menawarkan nutrien yang baik untuk tubuh anda? Bolehkah ia diambil setiap hari tanpa menjejaskan kesihatan?

Ketahui Kandungan Di Dalam Nutella

Untuk pengetahuan anda, Nutella diperbuat daripada koko hazelnut manis yang dibuat oleh Ferrero, sebuah syarikat Itali yang merupakan pengeluar coklat ketiga terbesar di dunia.

Idea ini bermula sewaktu negara Itali dilanda kekurang bekalan koko. Oleh sebab itu, seorang pembuat roti Pietro Ferrero menambah hazelnut kisar ke dalam taburan coklat sekaligus menghasilkan satu produk baharu yang dipanggil Nutella.

Tidak hanya sebagai pemanis mulut, Nutella juga kini diklasifikasikan semula sebagai topping sarapan pagi, sama seperti jem.

Namun, walaupun ia dikategorikan sebagai jem sarapan pagi, ia sama sekali tidak rendah dalam kalori, gula dan lema. Hal ini kerana, gula adalah bahan utama yang terkandung di dalam Nutella yang mana merangkumi 57% daripada beratnya.

Apa yang mengejutkan lagi, untuk saiz hidangan 2 sudu besar Nutella, ia mengandungi 21g gula atau kira-kira 5 sudu teh. Oleh itu, anda disarankan untuk mengehadkan pengambilan Nutella seberapa banyak yang boleh bagi menjaga kesihatan anda.

Selain itu juga, Nutella turut padat dengan kalori yang mana ia menampilkan jumlah lemak yang tinggi di dalamnya. Selepas gula, minyak sawit adalah bahan kedua paling banyak dalam Nutella.

Walaupun lemak memberi manfaat kepada kesihatan dalam banyak cara, pengambilan terlalu banyak lemak boleh menyebabkan penambahan berat badan jika ia diambil secara konsisten dengan kerap.

Sekiranya anda mengambil Nutella pada waktu pagi, maka anda harus mengehadkan jumlah gula dalam diet anda dengan cara mengurangkan makanan dan minuman manis.

Adakah Ia Disebut ‘Nu-Tell-A’ Atau ‘Nat-Tel-A’?

Walaupun suku kata pertama Nutella tidak disebut berasal daripada perkatan ‘Nut’ atau kacang, tetapi sebutan yang sebenarnya adalah Nu-Tell-A.

Menurut Ferrero, perkataan asal Nutella membawa maksudkan kepada sesuatu yang baharu. Berdasarkan iklan yang dikongsikan juga, adalah jelas bahawa perkataan disebut sebagai Noutella.