Persaingan antara pengeluar peranti mudah alih boleh dikatakan sangat sengit. Ditambah lagi dengan kehadiran teknologi baharu yang pantas menjadikan kebanyakan jenama telefon pintar tidak terlepas untuk menawarkan yang terbaik kepada pengguna termasuk Samsung.
Untuk acara Galaxy Unpacked 2022 kali, nampaknya sejumlah pembaharuan dan penambahbaikkan telah diperkenalkan menerusi pelancaran Samsung Galaxy S22, Samsung Galaxy S22+ dan juga Samsung Galaxy S22 Ultra 5G.
Keistimewaan yang dipersembahkan kali ini merangkumi rekaan peranti, janaan kuasa dan juga mod baharu yang menjadikan peranti Samsung antara pesaing utama dalam arena teknologi. Sudahkah anda mengetahuinya? Jika belum, mari kita lihat tawaran menarik yang dikongsikan Samsung tahun ini.

Penggunaan Cip Snapdragon 8 Gen 1
Salah satu tarikan utama yang ada pada Samsung Galaxy S22 adalah penawaran cip berkuasa daripada Qualcomm iaitu cip Snapdragon 8 Gen 1. Menggunakan cip ini, nampaknya Samsung Galaxy S22 menawarkan kepada pengguna kelancaran operasi peranti pada tahap yang maksima.
Anda tidak perlu risau akan masalah prestasi sepanjang penggunaan lebih-lebih lagi sewaktu anda menggunakan media sosial, merakam gambar, membalas mesej dan banyak lagi. Ia juga dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 512GB di Malaysia.
Ciri Suntingan Gambar Yang Lebih Menarik
Sudah menjadi satu kemestian bagi kebanyakan peranti mudah alih untuk menyertakan barisan kamera yang berkemampuan tinggi.
Oleh sebab itu, anda pasti tidak akan kecewa dengan penawaran kamera yang ditampilkan Samsung Galaxy S22 yang mana membawakan kamera utama 50+12+10-megapixel dan juga kamera swafoto 10-megapixel.
Manakala untuk model Galaxy S22 Ultra pula, ia membawakan kuad kamera dengan sensor utama 108-megapixel sudut lebar selain menawarkan kamera telefoto yang berupaya untuk zum lebih jauh. Peranti ini juga menawarkan kamera hadapan 40-megapixel yang pastinya akan menghasilkan rakaman swafoto yang lebih jitu dan jelas.

Dari sudut ciri suntingan gambar pula, Samsung Galaxy S22 menampilkan ciri Auto Framing yang sebelum ini hanya ditawarkan pada peranti Samsung Galaxy Z Fold3 dan Samsung Galaxy S21 FE.
Bagi yang tidak mengetahui, ciri ini membolehkan kamera menjejak pergerakan individu secara automatik dan memastikan kesemua individu dalam kumpulan boleh dirakam dalam satu bingkai.
Rakam Video Menggunakan Mod Portrait
Nampaknya, tidak sekadar menawarkan ciri suntingan yang menarik, Samsung juga turut hadir dengan mod yang paling ditunggu-tunggu oleh para penggemar Samsung iaitu mod Portrait untuk rakaman video.
Melaluinya, anda tidak perlu risau sekiranya latar video yang diambil tidak menarik atau mengganggu estetik video kerana dengan kehadiran ciri bokeh yang boleh disuaikan mengikut keperluan rakaman. Dengan ini, anda juga kini boleh merakam video seakan menggunakan kamera profesional.
Tambahan untuk Galaxy S22 Ultra, ia menampilkan lensa Super Clear Glass yang membantu anda mengambil video waktu malam yang lebih lancar selain menyediakan juga akses eksklusif kepada aplikasi Expert RAW untuk suntingan gambar yang memberikan pengalaman seperti DSLR dan membolehkan anda menikmati kawalan yang lebih kreatif.

Inisiatif Kelestarian – Guna Semula Jaring Ikan (Repurposed Fishing Nets)
Bercerita mengenai kelestarian pula, Samsung dilihat hadir dengan inisiatif berkaitan hidupan laut yang mana mereka mengumpul dan menggunakan semula jaring ikan yang mengganggu keseimbangan persekitaran di lautan.
Dengan langkah ini, Samsung menggunakan kemajuan teknologi yang mereka dan mengoptimasikan kreativiti dalam menghapuskan plastik sekali guna dan meluaskan penggunaan bahan-bahan kitar semula atau pasca pengguna (PCM) dalam penghasilan produk mereka.

Jadi, adakah ia berjaya menarik minat anda?
Bagi yang berminat untuk mendapatkan siri Galaxy terbaru daripada Samsung, anda boleh mula mendapatkan kesemua peranti bermula 10 Februari 2022.

Untuk model Galaxy S22 dan S22+, ia menawarkan pilihan warna Phantom Black, Phantom White, Green dan Pink Gold. Manakala Samsung Galaxy S22 Ultra pula hadir dengan pilihan warna Phantom Black, Phantom White, Green dan Burgundy.
Berikut adalah senarai harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia:
- Samsung Galaxy S22 – RM3499 (8/128GB)
- Samsung Galaxy S22 – RM3699 (8/256GB)
- Samsung Galaxy S22+ – RM4099 (8/128GB)
- Samsung Galaxy S22+ – RM4299 (8/256GB)
- Samsung Galaxy S22 Ultra – RM5099 (8/128GB)
- Samsung Galaxy S22 Ultra – RM5499 (12/256GB)
- Samsung Galaxy S22 Ultra – RM5899 (12/512GB)