Lina Rosli Diterbitkan 10 February 2022

KFC Kini Kembali Dengan Menu KFC Zinger Chop

Nampaknya, KFC Malaysia kini kembali dengan menu kegemaran ramai iaitu KFC Zinger Chop. Menu ini sebenarnya telah sedia ditawarkan sejak tahun 2020 yang lepas.

Melalui penawaran ini, penggemar ayam Zinger KFC selepas ini boleh menikmati bahagian paha ayam yang lebih lembut dan berjus tanpa perlu risau akan kesukaran untuk membuang tulang sewaktu menjamu hidangan.

Bukan itu sahaja, KFC Zinger Chop ini juga dipadankan dengan sos istimewa KFC iaitu Original Recipe Gravy yang pastinya akan menambah kelazatan pada hidangan sekaligus menjadikannya sebagai pilihan yang paling sempurna untuk sajian bersama keluarga.

Bagi yang berminat, KFC Zinger Chop ini boleh didapati bermula 10 Februari 2022 di rangkaian KFC berdekatan anda. Selain melakukan pesanan di restoran, anda juga boleh memuat-turun aplikasi KFC Delivery untuk memilih set hidangan yang diingin secara atas-talian.

Berikut adalah senarai menu yang boleh anda pesan:

  • Set Kombo 3 Ketul Zinger Chop – RM24.49
  • Set Kombo 2 Ketul Zinger Chop – RM19.00

Muat turun aplikasi KFC Delivery di Play Store

Muat turun aplikasi KFC Delivery di App Store