UNIQLO adalah sebuah jenama pakaian yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Bukan sahaja menampilkan kualiti yang tinggi untuk kegunaan harian, tetapi ia juga menawarkan barisan koleksi yang trendy dan juga minimalis sesuai dengan citarasa individu moden masa kini.
Terbaru, jenama pakaian UNIQLO dilihat hadir dengan penawaran yang cukup segar untuk anda cuba pada tahun 2022 ini. Ia menggabungkan pilihan warna yang terang dan neutral yang mana ia sesuai dipadankan dan digunakan pada bila-bila keadaan.

Bertemakan The Joy Of Clothing, UNIQLO nampaknya memfokuskan kepada gaya pakaian yang memberi kepuasan dan keyakinan kepada si pemakai. Terdapat pelbagai barisan koleksi pakaian yang ditampilkan dan boleh disesuaikan untuk variasi aktiviti termasuk beriadah, bersukan, bercuti dan bermacam-macam lagi.
Berikut adalah beberapa tema koleksi pakaian yang boleh anda gayakan sepanjang tahun 2022 ini:
The Joys of Skyline – Sesuai Untuk Gaya Moden
Untuk wanita, UNIQLO melancarkan koleksi pakaian yang memfokuskan kepada penggunaan outerwear atau pakaian luar seperti kardigan pendek dan juga parka.
Ia merupakan item yang paling popular pada masa kini kerana ia bukan sahaja memberikan imej yang lebih moden, tetapi juga membantu para wanita mencapai keseimbangan ketika bergaya di tengah kota.
Bukan itu sahaja, tema ini juga memperlihatkan penawaran seluar jenis denim dengan potongan lebar dan tidak kelihatan terlalu tebal yang mana ia sesuai untuk semua jenis badan dalam siluet kontemporari.

The Joys of Landscape – Koleksi Pakaian Minimalis Ketika Beriadah
Hampir sama seperti koleksi yang kelihatan moden ketika berada di kota, anda juga boleh mendapatkan pakaian yang lebih santai dan kemas menerusi penampilan jaket denim bersaiz besar dan dipadankan bersama item denim yang lain seperti kemeja dan juga seluar.
Bukan itu sahaja, koleksi ini turut memperlihatkan koleksi item kasual dengan pilihan rona seperti warna hijau, oren kemerahan dan juga warna neutral untuk jenis pakaian sweatshirt dan pullover hoodie.

The Joys of Imagination – Fesyen Formal Yang Lebih Meluas
Tidak ketinggalan untuk fesyen formal, pastinya anda sudah bosan dengan penawaran koleksi pakaian yang klasik dan kusam. Oleh itu, untuk koleksi terbaru dari UNIQLO juga, anda boleh bergaya tanpa batasan untuk koleksi pakaian formal.
Ia membawakan reka bentuk seni dan canggih dengan pilihan warna-warna terang, menyerlahkan dan berani. Ia juga menawarkan kemudahan pergerakan untuk gaya hidup yang sihat dan aktif. Antara item yang menarik adalah jaket dan seluar Kando.

Ia ditawarkan untuk kedua-dua jantina lelaki dan perempuan dengan potongan unik sekaligus menghasilkan siluet yang cantik, walaupun apabila memakainya sebagai kot pendek.
The Joys of Sun and Seaside – Perasaan Seperti Berada Di Tepi Pantai
UNIQLO juga menawarkan pakaian yang sesuai dipakai walaupun di bawah cahaya matahari terik. Koleksi pakaian ini dilihat menawarkan tekstur yang lebih ringan seperti kardigan nipis ataupun kardigan berlubang yang membuatkan gaya anda terasa lebih selesa sepanjang hari.

Fokus untuk koleksi ini adalah barangan Linen yang diperbuat dari fabrik linen Eropah 100%. Kemeja wanita menampilkan warna baharu dan siluet biasa dan mudah untuk dipakai bersama jaket pendek. UNIQLO juga mengeluarkan gaun kaftan campuran linen baharu dengan kolar tekong dan volum sederhana sesuai dipakai ketika waktu panas.
Jadi, adakah koleksi terbaru dari UNIQLO ini menarik perhatian anda? Jika ya, jangan lupa untuk kunjungi ke kedai UNIQLO berdekatan anda bermula hari ini!