Apabila bercerita mengenai barang perhiasan, anda pastinya sedia mengetahui bahawa HABIB adalah salah satu jenama yang cukup sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ia bukan sahaja menawarkan pilihan barang perhiasan yang variasi tetapi juga memfokuskan kepada binaan produk dan kualiti yang baik serta sesuai untuk pengguna daripada lapisan generasi umur.
Namun, tahukah anda terdapat sebuah lagi jenama yang turut menampilkan penawaran yang hampir sama dengan jenama HABIB?
Berdiri di bawah naungan HABIB sejak dari tahun 2019, kini TOUS turut melebarkan sayapnya di dalam industri yang sama. TOUS merupakan jenama yang berpusat di Sepanyol yang membawakan koleksi barang perhiasan dengan hasil tangan yang mewah namun pada harga mampu milik.

Kini anda boleh mengakses TOUS di Bangsar Village II yang mana ia merupakan cawangan ketiga mereka selepas butik di Pavillion KL dan Sunway Pyramid. Ia merupakan butik berkonsepkan flagship yang dihiasi dengan rekaan yang melambangkan melambangkan identiti dan style jenama TOUS.
Tidak hanya menawarkan seleksi pilihan yang bertumpu kepada wanita seperti barangan kemas, beg tangan dan skarf, TOUS juga hadir dengan aksesori buat para jejaka seperti barangan kulit, jam tangan dan minyak wangi.

Untuk pengetahuan anda, butik TOUS ini hadir dengan keluasan sebesar 721 kaki persegi. Jadinya, anda tidak perlu risau akan keselesaan sewaktu menerokai produk baharu di butik flagship ini.
Selain itu, di setiap kaunter-kaunter, ia menampilkan pelbagai seleksi barangan yang disusun mengikut kategori bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan dan mencuba barangan yang dinginkan. Terdapat juga satu sudut khas yang disediakan untuk memaparkan sejarah dan warisan TOUS serta nilai-nilai yang menjadi pegangan jenama ini untuk terus menghasilkan rekaan yang mampu lengkapkan gaya penampilan.
Sesuai untuk anda yang ingin mencari hadiah untuk orang yang tersayang, pelbagai koleksi yang direka dan diukir khusus menggunakan binaan daripada emas 750, perak sterling dan vermil.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari di laman rasmi TOUS di www.tous.com atau kunjungi media sosial rasmi mereka di Facebook dan Instagram.