Sudahkah anda melakukan pemeriksaan kesihatan? Jika belum, maka jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rawatan kesihatan di BP Healthcare berdekatan anda bermula hari ini.
Mengapa pentingnya melakukan pemeriksaan kesihatan? Hal ini kerana, ia membolehkan anda mengesan keadaan tertentu pada peringkat awal. Ini sangat penting untuk jenis keadaan yang tidak menimbulkan gejala atau tanda yang jelas seperti Anemia, kanser payudara, Chlamydia, Hepatitis B, HIV dan HPV.
Oleh itu, dengan perlaksanaan pemeriksaan dan ujian kesihatan berkala banyak membantu menentukan keadaan kesihatan anda dan bahkan mengetahui masalah yang sudah ada atau akan muncul dalam waktu terdekat.
Malah, menerusi pemeriksaan kesihatan secara berkala juga, ia pada dasarnya meningkatkan peluang anda menjalani kehidupan yang lebih sihat dan panjang. Kebiasaannya, pemeriksaan kesihatan terdiri daripada ujian yang membantu dalam menilai fungsi jantung, paru-paru, sistem pencernaan, ginjal, hati, tulang, sistem imun dan ujian pencitraan seperti sinar-X dada dan ultrasound.
Tebus Baucar Untuk Pemeriksaan Kesihatan Bernilai RM268 -Melalui Aplikasi TNG eWallet
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui keadaan kesihatan fizikal anda, anda boleh mula menebus baucar pemeriksaan kesihatan di BP Healthcare yang mana ia menawarkan servis pemeriksaan asas untuk seorang.
Antara pemeriksaan yang ditawarkan termasuklah:
- Ujian fungsi buah pinggang
- Ujian darah
- Ujian fungsi hati
- Ujian air kencing
Untuk setiap baucar yang ditebus, ia hanya terhad untuk penggunaan seorang individu sahaja dan tawaran tersebut hanya sah dalam tempoh 3 bulan selepas pembelian. Harus diingatkan juga, baucar ini tidak boleh ditukar ganti dengan wang dan tidak boleh diserahkan kepada orang lain.
Sekiranya anda kunjungi ke cawangan BP Healthcare yang berdekatan, pastikan anda membawa kad pengenalan untuk tujuan pendaftaran.
Bagaimana Hendak Menebus Baucar Pemeriksaan Kesihatan RM268 Di BP Healthcare?
- Layari aplikasi TNG e Wallet atau kunjungi ke laman rasmi Doctor2U di pautan ini.
- Jika menggunakan aplikasi TNG, anda hanya perlu tambah baucar Basic Health Screening dan tekan butang daftar keluar (checkout).
- Masukkan alamat dan juga maklumat peribadi anda seperti nama, nombor kad pengenalan, emel dan nombor telefon.
- Setelah selesai, anda hanya perlu mengunjungi ke cawangan BP Healthcare sebelum tamat tempoh penggunaan.
Apakah Persediaan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Melakukan Pemeriksaan Kesihatan?
- Dapatkan tidur yang cukup, sekurang-kurangnya 6 jam sebelum pemeriksaan. Kurang tidur boleh menyebabkan hasil yang tidak normal seperti tekanan darah, degupan jantung dan suhu badan.
- Jangan makan atau minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 jam sebelum pemeriksaan. Walau bagaimanapun, anda perlu sekurang-kurangnya mendapatkan segelas air bagi mengelakkan kesan dehidrasi pada ujian gula darah dan kolesterol dalam program ini.
- Elakkan daripada minum beralkohol sekurang-kurangnya 24 jam sebelum temujanji kerana dadah dan alkohol boleh menjejaskan beberapa ujian.
- Jika anda mengambil ubat untuk darah tinggi, anda boleh meneruskan pengambilan mengikut preskripsi doktor. Semak dengan doktor anda jika mungkin untuk anda menangguhkan pengambilan ubat pagi sehingga sampel darah anda diambil.