Carian
Hidangan Dari Restoran Dan Kafe IKEA Boleh Dipesan Terus Di FoodPanda
February 11, 2022 Lina Rosli

Bagi penggemar bebola daging IKEA, nampaknya anda kini sudah boleh mendapatkan melalui platform penghantaran FoodPanda bermula hari ini. Dengan ini, anda tidak lagi perlu mendapatkannya menerusi pembelian di kedai fizikal ataupun melalui platform penghantaran BungkusIt sahaja.

Untuk yang tidak mengetahui akan penawaran hidangan yang boleh anda dapatkan di restoran dan juga kafe IKEA, berikut adalah beberapa senarai hidangan yang boleh dipesan pada aplikasi berkenaan:

  • Curry Puffs (6 Ketul) – RM5.50
  • Iced Latte – RM 8.90
  • Iced Americano – RM5.90
  • Meatballs
  • Chicken Wings
  • Salmon

Selain itu, IKEA juga kini mula menambah makanan berasaskan tumbuhan di dalam senarai menu di kafe dan restoran mereka termasuk burger berasaskan tumbuhan, schinitzel, jejari ikan, pasta tomato, wrap veggieball dan banyak lagi.

Menurut IKEA, penawaran ini diinspirasikan oleh misi dan visi bagi menampilkan kehidupan harian yang lebih baik dan lestari.

Sekiranya anda melakukan pesanan di FoodPanda, jangan lupa untuk mengisi kod diskaun untuk menikmati makanan dan minuman pada harga yang lebih berbaloi.

  1. BRUNCH , Diskaun 35% untuk perbelanjaan minima RM21 pada waktu pagi sehingga pukul 2.30 petang
  2. HIGHTEA , Diskaun 55% untuk perbelanjaan minima RM21 pada waktu 3 petang sehingga pukul 6.30 petang.
  3. DINNER , Diskaun 40% untuk perbelanjaan minima RM21 pada waktu 7 malam sehingga tengah malam.

Cuba Juga Servis Pesanan & Kumpul Makanan IKEA

Selain melakukan pesanan di FoodPanda, anda boleh melakukan pesanan di nombor Whatsapp berikut pada waktu operasi berikut:

  • Damansara: 017-2357261 dari 10 pagi – 8.30 malam.
  • Cheras: 016-9731649 dari 10 pagi – 8.30 malam.
  • Tebrau: 016-2391283 dari 12 tengahari – 8 malam.
  • Batu Kawan: 016-2210028 dari 10 pagi – 8.30 malam.

Untuk setiap pesanan yang dilakukan, ia mengambil masa sekitar 30 minit untuk anda mula menikmatinya.

Komen