Jika anda lihat dalam industri fesyen hari ini, jam tangan adalah antara item fesyen yang memberikan impak yang besar dalam penampilan harian anda.
Tidak sekadar memudahkan anda mengetahui dan melihat masa pada ketika itu, tetapi juga menjadikan anda lebih peka dengan masa yang berlalu dan menepati masa untuk hadir ke mesyuarat atau penglibatan sosial.

Menjadi antara jenama yang cukup dikenali ramai, Swatch telahpun hadir dengan pelbagai inovasi dari segi rekaan dan teknologi yang digunakan. Apa yang menarik perhatian Tajria adalah penawaran model jam lutsinar yang minimalis menerusi koleksi Clearly Gent, Clearly New Gent dan Clearly Skin.
Koleksi Clearly Gent, Clearly New Gent dan Clearly Skin dari Swatch ini menampilkan rekaan jam tangan lut sinar yang memfokuskan kepada kesederhanaan dan minimalis. Ia menampilkan bekas jam dan tali TPU yang berkilat dan telus yang menggunakan plastik dari sumber bio.

Jika melihat pada muka jam pula, anda boleh melihat jarum jam tangan dengan warna yang terang bagi memberikan kontras pada jam. Jam tangan ini menggunakan cincin berwarna perak yang berkilauan pada dail dengan tangan merah, biru dan kuning serta indeks hitam.
Untuk Clearly Gent dan Clearly New Gent, ia dilengkapi dengan kaca dan sarung bersaiz 34mm dan 41mm. Sementara untuk versi Clearly Skin pula merupakan barisan Swatch yang paling nipis dan ringan. Ia juga dilengkapi dengan paparan dail yang jelas dan logo Swatch bercetak kuning pada kaca.

Selain menampilkan versi lut sinar, anda juga boleh memilih versi dengan penawaran tali TPU berwarna hitam, biru, merah dan kuning pada harga bernilai RM365.
Bagi yang berminat, anda boleh kunjungi ke rangkaian fizikal butik Swatch atau layari laman rasmi Swatch bermula hari ini!