Antara nama yang cukup popular di dalam industri penciptaan makanan, kuih tart nanas sangat sinonim untuk disajikan sewaktu perayaan tidak kira sewaktu Tahun Baru Cina dan juga Hari Raya Aidilfitri.

Terdapat pelbagai bentuk dan juga jenis tart nanas yang ditawarkan di pasaran. Ia termasuk bentuk gulung, bentuk bunga matahari, bentuk bulat dan sebagainya.

Untuk mencuba sesuatu yang unik dan lain, anda boleh mencuba resipi daripada Nestle untuk dihidangkan bersama keluarga. Berikut adalah senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Kuih Tart Nanas KitKat:

Bahan-Bahan

  • 250g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 200g mentega sejuk
  • 1 sudu teh Garam
  • 16 batang KitKat (dipotong)
  • 100g pes atau jem nanas
  • Adunan telur (1 biji telur kuning campur dengan 1 sudu besar air)

Cara Penyediaan

  1. Ayakan tepung dan garam dalam mangkuk serta masukkan mentega. Pastikan anda menggaulnya sebati.
  2. Kemudian, tambahkan telur ke dalam campuran dan kacaukannya bersama adunan di proses yang pertama.
  3. Masukkan potongan KitKat dan gaul doh dengan sekata. Anda boleh memotong KitKat pada saiz yang kecil bagi memudahkan anda mencampurkannya ke dalam adunan.
  4. Ratakan doh dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit
  5. Sementara itu, bentukkan jem nanas menjadik bebola kecil dengan berat sekitar 3g setiap satu.
  6. Potong doh dengan pemotong biskut.
  7. Anda boleh memilih corak doh yang diinginkan dan seterusnya letakkan potongan tart nanas anda di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan minyak.
  8. Sapukan adunan telur di atas tart dan letakkan pes bebola nanas di atas setiap tart.
  9. Bakar tart pada suhu 170ºC selama 12 hingga 15 minit.
  10. Akhir sekali, apabila telah masak, biarkan tart anda sejuk sebelum dihidangkan di dalam bekas kuih.