Dengan tawaran pembelian akhir bernilai $4.28 juta, pembeli tanpa nama di sebuah acara bida telah menjadi pemilik baharu berlian hitam 555.55 karat yang dikenali sebagai Enigma.

Menurut perkongsian National Geographic, Enigma dan berlian carbonado terbentuk dalam satu peristiwa misteri kira-kira 3.8 hingga 2.6 bilion tahun yang lalu. Oleh sebab itu berbeza dengan berlian jernih biasa, Enigma mempunyai warna hitam yang pekat, legap dan penuh dengan lubang yang boleh dilihat.
Untuk pengetahuan anda, berlian Enigma ini hanya terdapat di dua wilayah di dunia sahaja. Berlian yang pertama dijumpai pada tahun sekitar 1840-an oleh kumpulan pelombong di timur Brazil. Ia merupakan berlian hitam yang pertama dan menamakannya sebagai carbonado yang diambil dari perkataan Portugis.

Selain itu, terdapat satu lagi berlian hitam yang telah dijumpai pada tahun 1870-an yang mana ia ditemui tertanam dalam paip secara menegak di kawasan batu gunung berapi di Kimberley, Afrika Selatan.
Apa Yang Menjadikan Berlian Hitam Atau Carbonado Ini Unik?
Kebanyakan berlian biasanya ditemui di batuan kimberlite yang tidak berapi yang terbentuk jauh di dalam Bumi.
Tetapi untuk carbonado, ia adalah berbeza kerana ia dijumpai di mendapan berhampiran atau di permukaan Bumi yang dipercayai terhasil daripada kesan meteorik. Melaluinya, proses pemendapan wap kimia semula jadi telah berlaku daripada letupan supernova yang membentuk asteroid berlian.
Untuk Enigma 555.55 karat ini, ia dilihat mempunyai saiz yang besar iaitu sebesar bola raket. Bukan itu sahaja, Enigma ini turut diiktiraf sebagai antara berlian yang cantik dan juga mempunyai binaan yang teguh.
Sumber: Sothebys