Carian
Mengapa Anda Tidak Boleh Makan Tepung Yang Mentah Dan Tidak Dimasak?
February 16, 2022 Lina Rosli

Anda mungkin pernah mendengar bahawa doh biskut yang masih mentah atau tidak cukup masak adalah tidak selamat untuk dimakan.

Tepung mentah ialah salah satu daripada makanan tersenarai teratas Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) yang dikaitkan dengan penyakit bawaan makanan dan keracunan makanan bersama daging mentah, telur dan makanan laut.

Terdapat dua kajian baru-baru yang melaporkan bahawa, tepung yang tidak dimasak boleh menimbulkan risiko kesihatan awam seperti penularan masalah kesihatan E.coli.

Untuk pengetahuan anda, tepung biasanya dibuat dengan gandum, yang ditanam di ladang dan biasanya tidak dirawat untuk membunuh bakteria sebelum digiling menjadi tepung. Oleh itu, pasti akan adanya sisa unsur semula jadi seperti bakteria pada haiwan yang bersentuhan dengan bijirin, kotoran daripada bawaan air dan angin serta banyak lagi.

Bagi mengelakkan masalah kesihatan berlaku, terdapat beberapa perkara yang dilihat boleh mengurangkan risiko penyebaran bakteria di dalam makanan termasuklah memasaknya menggunakan teknik sepert:

  • membakar
  • memanaskan makanan dalam ketuhar
  • menggoreng
  • merebus
  • memanggang

Menurut FDA pula, kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, orang dewasa yang lebih tua dan orang yang mempunyai sistem imun yang lemah adalah yang paling berkemungkinan mendapat sakit akibat tepung mentah.

Jadinya, ibu bapa yang mempunyai anak kecil seharusnya berhati-hati sepanjang tempoh penyediaan makanan. Antara gejala yang biasa dialami oleh individu ini sekiranya termakan tepung mentah termasuklah kekejangan perut dan cirit-birit. Ada juga kes yang lebih teruk yang mana boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang.

Untuk memastikan anda dan keluarga anda selamat, anda disarankan untuk membersihkan secara menyeluruh kawasan penyediaan makanan lebih-lebih lagi selepas menyediakan kuih dan kek.

Selepas itu, pastikan juga anda membasuh tangan serta kesemua mangkuk, perkakas atau permukaan yang diisi dengan tepung menggunakan air suam dan sabun.

Komen