Bagi anda yang sedang mencari susu yang bersesuaian untuk kegunaan harian anda, maka anda boleh mula tambah Oatside ke dalam senarai.

Untuk yang tidak mengetahui, Oatside merupakah sebuah jenama susu berasaskan tumbuhan daripada Singapura yang menawarkan pilihan susu yang variasi untuk penawaran di dalam kopi, pastri, kek, kari dan banyak lagi.

Menurut perkongsian dari Oatside, susu yang ditawarkan ini menggunakan bijiran berkualiti dari Australia yang dipanggang dan diproses sepenuhnya di Bandung, Indonesia.

Apa yang menjadikan susu berasaskan tumbuhan ini menarik adalah kualiti yang ditawarkan di dalam setiap tegukan yang mana ia memperlihatkan tekstur susu yang pekat dan berkrim tanpa memberikan rasa akhir bijiran yang terlalu kuat dan mengganggu.

Berikut adalah ciri yang membezakan Oatside dengan susu berasaskan tumbuhan yang lain:

  • Mempunyai visual yang pekat dan cloudy
  • Tiada sedimen kelihatan pada permukaan susu
  • Hadir dengan tahap konsentrasi yang likat
  • Rasa bijirin yang konsisten, berkacang dan malty

Berbeza dengan susu berasaskan tumbuhan lain di pasaran juga, ia turut dihasilkan menerusi proses enzyme treat yang berupaya mengekalkan rasa susu yang bersesuaian untuk pelbagai kegunaan selain turut memastikan setiap nutrien penting di dalam bijirin dapat dikekalkan.

Selain daripada susu berperisa asli Barista Blend, Oatside turut menawarkan dua perisa baharu yang sememangnya akan digemari ramai iaitu Chocolate dan Chocolate Hazelnut. Untuk pengetahuan anda juga, Oatside telahpun digunakan oleh salah satu jenama kopi terkemuka iaitu The Coffee Bean & Tea Leaf.

Selari dengan inisiatif dalam memperkasakan kelestarian, Oatside menggunakan sumber air yang dibina khusus di perkampungan di Indonesia yang mana sumber tersebut turut disalurkan kepada 8 buah rumah berdekatan bagi mengekalkan kualiti air yang digunakan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan 3 variasi minuman susu berasaskan tumbuhan dari Oatside, dapatkan bermula hari ini melalui platform atas-talian Shopee ataupun kunjungi ke rangkaian kedai fizikal Village Grocer. Bergerak ke hadapan, Oatside turut akan mula memperluaskan penawarannya di beberapa rangkaian lain termasuk Jaya Grocer, AEON dan banyak lagi.