Sudahkah anda mencuba perisa terbaru unruk Famous Amos yang dikenali sebagai Famous Amos Thai Tealicious?
Jika belum, maka jangan ketinggalan untuk mula mencubanya bermula hari ini kerana Thai Tealicious ini merupakan menu edisi terhad yang ditawarkan oleh Famous Amos.
Apa yang menarik mengenai menu biskut baharu ini, ia menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan memfokuskan kepada penggunaan serbuk teh asli Thailand. Dengan pengenalan ini juga, anda boleh menikmati perisa yang lebih memenuhi permintaaan tempatan.

Seperti yang ramai pernah cuba, perkara yang membezakan rasa teh ais Thai dengan negara lain adalah ia dikatakan lebih manis, berkrim selain lebih beraroma. Jadinya, ia sangat sesuai dan sempurna untuk menghilangkan rasa yang berempah sewaktu menikmati hidangan tengahari dan sebagainya.
Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan Famous Amos Thai Tealicious ini di rangkaian fizikal berdekatan anda atau pesan di laman atas-talian Shopee dan Lazada bermula hari ini sementara stok masih ada.