Bagi anda yang menggemari makanan istimewa Jepun ini, Sushi King kini mula membuka dan melancarkan Sushi King Kiosk di MyTown Shopping Centre.
Pembukaan kiosk ini dilihat memudahkan orang ramai untuk mengakses hidangan makanan dan minuman yang digemari di Sushi King tanpa perlu menunggu masa yang lama dan sekaligus menggalakan pembelian bawa-pulang.

Antara menu yang boleh diakses pada kiosk ini termasuklah Norwegian Salmon, Salmon Menchi, Surimi Scallop, Yakiniku, Fry Roll, Unagi Slice, Ebi Fru, Chicken Cheese dan banyak lagi.
Penawaran harga untuk setiap sushi ini adalah sekitar RM1.20 sehingga RM7.00 mengikut jenis hidangan yang dipilih. Bukan itu sahaja, anda juga memilih set oden dan juga bento yang boleh dipesan mengikut citarasa anda.


Menarik bukan? Nikmati pesanan tanpa kerumitan dan hidangan Jepun yang eksklusif terus di Sushi King Kiosk. Selain dibuka di MyTown, terdapat beberapa lokasi lain yang boleh anda kunjungi iaitu Selayang Mall, Petronas USJ 20, dan juga Suria Sabah.