Tahukah anda bahawa PLUS Berhad hadir dengan satu program ganjaran yang dikenali sebagai PLUSMiles?

Program ganjaran disediakan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan PLUS yang setia menggunakan lebuh raya tidak kira sama ada melibatkan perjalanan bekerja, perjalanan pulang ke kampung, percutian dan sebagainya.

Apa yang menarik, untuk setiap kilometer yang digunakan, semua ahli yang berdaftar berpeluang untuk menjana dan mengumpul 1 mata PLUSMiles. Caranya mudah sahaja, anda perlu memastikan bahawa:

  • Anda merupakan pemandu kenderaan Kelas I di lebuhraya PLUS
  • Telah mendaftar mana-mana kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go dan juga RFID di PLUSMiles.

Bagaimana Anda Boleh Mendaftar Dan Mengumpul Mata Ganjaran PLUSMiles?

Berikut adalah langkah mudah yang boleh anda ikuti:

  1. Layari laman rasmi PLUSMiles atau muat turun aplikasi di iOS atau Android.
  2. Kemudian, mula isi maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, emel dan juga kata laluan.
  3. Setelah selesai, pergi ke tab My Account dan klik Touch ‘n Go Card.
  4. Untuk menambah kad, anda hanya perlu mengisi nombor siri kad dan klik Submit.
  5. Sementara untuk RFID pula, anda perlu lengkapkan maklumat seperti model dan jenama kereta serta mengisi nombor siri 24-aksara sebelum mula menghantar.

Untuk setiap akaun PLUSMiles, anda hanya boleh menambah sehingga 10 kad Touch ‘n Go dan 10 tag RFID sahaja. Sementara, mata ganjaran yang terkumpul di dalam akaun tersebut hendaklah ditebus dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat tempoh.

Sekiranya anda ingin menebus mata ganjaran yang ada, anda boleh mengakses katalog di PLUSMiles bermula hari ini. Pelbagai kategori yang boleh anda terokasi termasuk baucar digital, gajet, peralatan dapur, promosi aplikasi dan banyak lagi.