Carian
Pops Malaya Ice Bars – Aiskrim Inovasi Bekukan di Rumah Pertama Malaysia
February 17, 2022 poppartners

Siapa yang tidak meminati aiskrim kan? Menikmati aiskrim ketika cuaca yang panas merupakan suatu perasaan kenikmatan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Doluvo Sdn Bhd adalah pengilang aiskrim bekukan di rumah, Pops Malaya Ice Bars. Buat yang masih tidak tahu apa itu Pops Malaya Ice Bars, ianya adalah aiskrim daripada buah sebenar di dalam bentuk cecair. Hanya bekukan semalaman untuk makan.

popsmalaya-ice-bars-1
popsmalaya-ice-bars-3
Rupa Pops Malaya Ice Bars dalam bentuk cecair

Antara perisa yang terdapat pada Pops Malaya Ice Bars adalah Strawberi, Mangga, Markisah Nanas, Anggur dan Laici Pic. Apa yang lebih menarik, kandungan Ice Bars adalah daripada buah sebenar, tanpa bahan pengawet, bahan pewarna tiruan dan bahan perisa tiruan.

popsmalaya-ice-bars-2

Inovasi aiskrim Pops Malaya Ice Bars di dalam bentuk cecair memudahkan ianya untuk disimpan pada suhu bilik. Jangka hayatnya adalah sehingga satu tahun. Maka, tidak hairanlah produk ini dapat dielakkan daripada rosak berbanding aiskrim lain di pasaran. Ia juga boleh dipos seperti biasa menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Malah, keunikan produk ini telah menarik minat pengimport dari negara New Zealand, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Jerman.

Bagi anda yang berminat, boleh dapatkan Pops Malaya Ice Bars di di laman atas-talian Shopee dan Lazada bermula hari ini sementara stok masih ada ataupun boleh terus beli di laman web www.popsmalaya.com

Syarikat Doluvo turut mencari pengedar Pops Malaya Ice Bars bagi mereka yang ingin menambah pendapatan sampingan. Boleh hubungi nombor telefon 012-930 3322 untuk maklumat lanjut.

Komen