Produk kecantikan Korea Selatan sememangnya mempunyai tempat di hati kebanyakan wanita. Ia kerana secara tradisi, pengamal kecantikan di Korea hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi dan bebas kekejaman terhadap haiwan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

Malah, produk kecantikan daripada Korea juga dikatakan hadir dengan kualiti yang tinggi di samping menawarkan variasi jenis produk yang juga ditawarkan pada harga berpatutan selain turut sesuai dengan semua jenis kulit.

Nampaknya, berita baik untuk penggemar produk kecantikan Korea Selatan kerana anda kini sudah boleh mendapatkan produk jenama SOME BY MI dan COSRX terus di rak-rak Watsons berdekatan anda.

Untuk SOME BY MI, barisan produk yang ditawarkan merangkumi rangkaian koleksi Yuja Niacin, Matcha Line, AHA BHA PHA Miracle Line dan beberapa produk yang lain termasuk Bye Bye Blackhead, topeng muka dan juga pelekat jerawat.

Manakala COSRX pula menawarkan barisan produk yang lebih kurang sama namun lebih memfokuskan kepada kulit sensitif dan kusam. Antara produk yang boleh didapati termasuklah koleksi Snail Mucin, penyegar harian, pelembap dan juga AHA BHA yang disediakan di dalam rekaan botol separa lutsinar.

Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan kedua-dua produk daripada jenama ini bermula hari ini. Apa yang menarik juga, pesan secara atas-talian sebelum anda kunjungi ke kedai fizikal Watson untuk proses pembayaran yang lebih lancar.