Selaku perintis utama dan pengeluar pelitup muka perubatan yang diyakini di Malaysia, MEDICOS dengan rasminya melancarkan rangkaian pelindung pernafasan premium M99. Terbaru, rangkaian M99 ini hadir dengan tiga jenis iaitu PRO, NEO dan FLIP.

Setiap satu daripada rangkaian M99 didatangkan dengan ciri-ciri unik dan tersendiri untuk memenuhi keperluan setiap individu di Malaysia.

Bagi yang tidak mengetahui, M99 PRO adalah pelitup muka atau pelindung pernafasan dengan gegelung telinga boleh laras. Dengan kelebihan ini, ia memberikan kemasan yang sempurna dan memastikan perlindungan yang selamat untuk pelbagai bentuk dan saiz wajah yang berbeza.

Sekiranya anda berminat, pelitup muka M99 PRO boleh didapati dalam lima pilihan warna iaitu Black, White, Cool Grey, Midnight Blue, dan Dusty Rose.

Sementara, M99 NEO pula dilengkapi tali telinga dengan binaan yang lebih selesa iaitu ultra lembut. Jadi, ia membolehkan anda memakainya untuk jangka masa yang panjang tanpa perlu risau isu melecet dan juga pemakaiannya tidak selesa.

Bukan itu sahaja, terdapat tujuh pilihan warna berbeza untuk M99 NEO iaitu Black, White, Hazel Brown, Olive Green, Caribbean Teal, Wanderlust Green dan Lavender Purple.

Akhir sekali, M99 FLIP pula menampilkan gabungan gaya dan ciri-ciri keselamatan terbaik dan sesuai untuk anda yang gemar berfesyen. M99 FLIP direka dengan binaan bentuk yang anggun dengan ciri-ciri yang mengikut garis kontur muka sekaligus menampilkan gayanya yang tersendiri berbanding pelitup muka dan pelindung pernafasan lain.

M99 FLIP boleh didapati dalam empat warna yang menarik perhatian Black, Sand Grey, Mocha Brown dan Fiery Berry.

Bagi yang berminat, kesemua pelitup muka MEDICOS M99 ini boleh didapati di rangkaian farmasi utama di seluruh Malaysia selain turut boleh dipesan menerusi platform edagang dengan harga tawaran bermula RM25 untuk sekotak dengan 10 helai.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MEDICOS dan rangkaian M99 terbaru, anda boleh layari laman rasmi MEDICOS bermula hari ini!