Sebelum ini, pastinya anda pernah melihat penawaran tudung, baju dan juga aksesori telefon pintar yang menggunakan batu Swarovski sebagai hiasan penambah tarikan pada rekaan berkenaan.
Bagi yang tidak mengetahui, Swarovski merupakan kristal yang terhasil secara tidak semula jadi yang mana ia adalah berlainan dengan kebanyakan jenis kristal di pasaran.
Kristal Swarovski sebenarnya diperbuat daripada kristal kaca plumbum buatan manusia dan diperbuat daripada kuarza, pasir dan mineral. Namun, sehingga kini nisbah campurannya tetap menjadi rahsia oleh pihak Swarovski.
Bukan itu sahaja, pencipta awal Swarovski iaitu Daniel Swarovski juga telah hadir dengan satu mesin khas untuk memotong dan mengukir kaca kristal. Ini menjadikan templat untuk kristal ini adalah lebih konsisten bagi setiap koleksi.
Bercerita mengenai Swarovski lagi, kini jenama ini telahpun hadir dengan satu produk yang menarik dan selari dengan keperluan masa kini iaitu pelitup muka boleh guna semula yang bernilai RM465 sehelai.

Pelitup muka Swarovski ini dilihat menampilkan rekaan berbatu pada bahagian hadapan yang mana ia disusun secara bersepah dengan jarak yang tidak terlalu jauh. Sementara untuk fabrik yang digunakan pula diperbuat daripada kualiti kain yang ringan dan mudah bernafas yang membantu memberi keselesaan sepanjang tempoh pemakaian.

Dilengkapi dengan tali elastik boleh laras, ia boleh digunakan untuk semua jenis bentuk muka tanpa menjejaskan kedudukan pelitup muka sewaktu menggunakannya. Dari segi saiz pula, ia mempunyai panjang kain sekitar 21cm dan lebar 15cm.
Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, harus diingatkan bahawa pelitup muka ini disarankan untuk dibasuh sehingga 20 kali sahaja pada suhu 60°C menggunakan kitaran lembut.
Beli di Swarovski: Pelitup Muka Swarovski