Setiap individu tentunya pernah mengalami masalah kulit yang tersendiri. Tidak kira sama ada pada peringkat teruk atau hanya sekadar di proses awal.
Seperti yang ramai sedia maklum, kulit anda dipenuhi dengan liang yang mana cenderung untuk tersumbat dengan minyak dan juga nanah. Ia sekaligus akan menimbulkan jerawat yang merah dan berbahaya unyuk kulit.
Bagi kebanyakan proses penyembuhan, ia akan mengambil masa yang lama untuk kulit kembali seperti asal disebabkan oleh masalah hiperpigmentasi selepas keradangan atau lebih dikenali sebagai bintik merah atau gelap.
Jadinya, Dermalogica kini hadir dengan satu produk dan inovasi baharu di bawah rangkaian Dermalogica Clear Start yang dipasarkan sebagai pemadam bintik gelap iaitu Dermalogica Clear Start Post-Breakout Fix.
Apa Itu Dermalogica Clear Start Post-Breakout Fix?
Ia adalah solusi berasaskan krim gel yang dibentuk untuk menjadi rawatan penjagaan terbaik selepas kulit mengalami isu jerawat.
Menerusi Dermalogica Clear Start Post-Breakout Fix, ia akan mempercepatkan proses penyembuhan kulit selepas jerawat yang mana sel kulit mati akan mengelupas dengan lembut. Malah ia juga berupaya menyekatakan tona kulit, memulihkan kulit yang terjejas, membantu memudarkan dan mencerahkan hiperpigmentasi selepas keradangan yang hilang.
Untuk pengetahuan anda, sekitar 86% pengguna menyedari berlakunya peningkatan dalam tekstur kulit dan 95% pengguna melihat pengurangan perubahan warna kulit selepas menggunakan Dermalogica Clear Start Post-Breakout Fix.
Produk ini dirumuskan dengan 4 bahan utama untuk membantu memulihkan kulit yang bersih dan sihat:
- Ekstrak Biji Carob dan Squalane yang baik untuk memulihkan penampilan kulit.
- Hexylresorcinol pula membantu memudarkan bintik-bintik gelap dan menghalang hiperpigmentasi selepas keradangan (PIH).
- Asid Salisilik digunakan untuk membantu kuliy mengelupas dengan lembut dan meratakan perubahan warna dan pigmentasi selepas jerawat.
Bagaimana Anda Boleh Menggunakannya?
Mudah sahaja, berikut adalah 3 langkah yang boleh anda praktikkan untuk menggunakan Dermalogica Clear Start Post-Breakout Fix:
- Sapukan pada waktu pagi dan malam ke kawasan kulit yang mengalami masalah past-breakout.
- Gunakan pelembap bagi memberikan kehidratan menyeluruh pada kulit.
- Pastikan anda menggunakan Dermalogica Clear Start Post-Breakout Fix setiap hari untuk melihat perbezaannya.