Ramai dalam kalangan individu masa kini menggemari hiasan minimalis untuk rumah mereka yang mana antara perkara yang dilakukan adalah dengan meletakkan dan menghias rumah mereka dengan menambah pokok rumah di beberapa sudut utama.

Terdapat beberapa jenis pokok rumah mempunyai jangka hayat yang lama, namun ada juga jenis yang sensitif terhadap persekitaran mereka. Bergantung pada spesiesnya dan juga tabiat penjagaan anda, terdapat faktor yang mendorong kepada pokok rumah menjadi layu dan tidak mekar seperti yang diharapkan.

Berikut adalah 7 tumbuhan rumah yang boleh anda pilih:

Geogenanthus

Georgenanthus ialah tumbuhan dedaunan gelap yang kebiasaannya berwarna ungu hitam. Dengan visual seperti ini, tumbuhan ini boleh dikatakan agak menonjol jika diletakkan di dalam ruang putih, terang atau berwarna-warni yang berani.

Jika dibandingkan dengan pokok yang lain, Georgenanthus lebih suka akan kawasan dengan kelembapan purata yang manjadikannya pilihan yang baik untuk dapur, bilik mandi, terarium atau tempat lain yang mempunyai lebih banyak kelembapan di udara.

Keperluan Lain:

  • Cahaya – penyediaan cahaya sederhana hingga tinggi
  • Air – kawasan dengan kuantiti air sederhana tetapi kelembapan tinggi

Pothos

Pothos adalah salah satu tumbuhan rumah yang paling mudah untuk ditanam. Ia menampilkan daun hijau yang berbentuk seperti hati dan suka menjalar. Ia juga mempunyai akar yang tergantung di udara yang menjadikannya pilihan yang baik jika anda ingin meletakkan tanaman gantung di dalam rumah anda.

Antara kawasan yang paling kerap digunakan untuk meletakkan pokok Pothos adalah sama ada bakul gantung, rak buku di sisi meja televisyen dan juga meja konsol. 

Keperluan Lain:

  • Cahaya – penyediaan cahaya sederhana hingga tinggi
  • Air – kawasan dengan kuantiti air sederhana tetapi biarkan ia kering untuk tempoh antara penyiraman

Silver Dragon Alocasia

Menampilkan daun hijau tebal dengan lapisan seakan warna kelabu, Silver Dragon Alocasia menjadikan ruang di dalam rumah anda lebih elegan dan mewah. Namun tumbuhan ini agak sukar untuk dijumpai disebabkan oleh kehadiran genusnya yang eksotik iaitu daripada keluarga Araceae.

Keperluan Lain:

  • Cahaya – penyediaan cahaya sederhana hingga tinggi
  • Air – kawasan dengan kuantiti air sederhana dan kelembapan purata

Schumi Red Peperomia

Menjadi tarikan kepada tumbuhan ini adalah warna daunnya yang unik iaitu merah-ungu metalik dengan tekstur beralun yang menarik.

Jadinya, apabila ia diletakkan di beberapa kawasan di rumah, ia akan memberikan cetusan warna di sudut terang rumah anda. Selaun itu, Schumi Red Peperomia adalah tumbuhan dalaman yang kecil, yang menjadikannya hiasan yang sempurna di atas meja anda.

Keperluan Lain:

  • Cahaya – penyediaan cahaya sederhana hingga tinggi
  • Air – memerlukan kuantiti air sederhana dan kelembapan purata

Stromanthe

Stromanthe adalah tumbuhan dengan visual yang beraneka dan berwarna pastel. Dengan menghias ruang anda dengan Stromanthe akan menampilkan gabungan cantik di antara warna merah jambu, krim dan hijau.

Selain itu, tumbuhan ini juga melepaskan lembapan ke udara, mewujudkan iklim mikro tropika. Sewaktu menjaganya, ia boleh dikatakan agak cerewet yang mana jikalau anda perasan terdapat bintik-bintik kering dan coklat pada daun, itu tanda tumbuhan anda mendapat terlalu banyak cahaya matahari

Keperluan Lain:

  • Cahaya – penyediaan cahaya sederhana hingga tinggi
  • Air – memerlukan kuantiti air sederhana dan kelembapan purata

Philodendron

Antara sebab mengapa philodendron adalah tumbuhan rumah yang baik adalah kerana ia menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan pencahayaan dan air. Malah, ia juga turut berkembang dengan baik di dalam rumah.

Tumbuhan ini mempunyai daun yang besar, hijau, gelap yang membolehkan mereka menyerap walaupun sedikit cahaya dan air.

Keperluan Lain:

  • Cahaya – Bertolak ansur dengan cahaya rendah tetapi akan berkembang maju dalam cahaya sederhana hingga tinggi
  • Air – Boleh dengan jumlah air sederhana, tetapi biarkan kering di antara penyiraman

Anthurium

Anthurium mempunyai bunga merah yang tahan lama dan berani, berbeza dengan daun yang besar dan ia juga mempunyai visual yang berkilat.

Bagi anda yang memerlukan tumbuhan dengan warna berani, maka anthurium adalah pilihan yang sesuai. Tumbuhan ini memang memerlukan perhatian, tetapi akan memberi ganjaran kepada anda dengan bunga yang menarik perhatian.

  • Cahaya – Cahaya terang tetapi pastikan ia tidak pancar secara langsung
  • Air – Kuantiti sederhana, tetapi kelembapan tinggi

Jadi bagaimana? Adakah terdapat jenis pokok yang menepati pilihan anda? Jika ya mula dapatkan hari ini dan anda boleh mengemaskini paparan rumah anda agar kelihatan lebih menarik. Selamat mencuba!